06 April 2020
GARA-GARA PKP - UCHOP KINI JUAL IKAN
Bekas juara program Vokal Bukan Sekadar Rupa musim kedua, penyanyi Uchop Ahmad, yang terperangkap di Kuala Selangor semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat kerjaya baru iaitu menjual ikan.
"Saya bersama seorang rakan akan ambil ikan di jeti seawal jam 3 pagi dan kemudian membawanya untuk dijual di Kuala Lumpur.
"Ikan ini saya ambil dengan harga tertentu dan dijual dengan harga yang dapat memberikan sedikit keuntungan selepas ditolak kos minyak kereta dan tol.
"Alhamdulillah, usaha ini dapat sokongan yang baik daripada pembeli. Malah golongan artis antaranya Datuk Hattan juga pernah menggunakan khidmat saya untuk kerja amalnya. Dia tempah ikan segar untuk diberikan kepada rakan artis yang kurang bernasib baik," ujarnya yang mencari inisiatif pendapatan lain.
"Alhamdulillah, usaha ini dapat sokongan yang baik daripada pembeli. Tidak menjangka ramai yang berminat dan sejak 31 Mac lalu saya mula buat kerja ini.
"Dalam sehari saya bergerak ke tujuh lokasi seperti Shah Alam, Sunway, Subang, Ampang, Selayang dan Setiawangsa. Saya hanya ambil tempahan dan bukan jual secara terbuka. Kami ikut prosedur yang ditetapkan kerajaan," katanya.
Klik untuk gambar besar
"Saya nak tukar persepsi masyarakat terhadap golongan artis yang dikatakan kaya raya.
"Artis juga kena berusaha seperti orang biasa dan persepsi inilah yang nak diperbetulkan.
"Setakat ini saya sudah tiga kali keluar bawa ikan ke Kuala Lumpur dan seronok dengan apa yang dilakukan," tambahnya.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment