05 April 2020

AL-FATIHAH - USTAZAH SHADIYA ABBAS KEMBALI KE RAHMATULLAH AKIBAT ASMA


"Assalamualaikum wbt, terkejut apabila menerima khabar kepulangan ke Rahmatullah, Ustazah Syadiya Abbas pagi tadi pada 5:05am akibat asma. Saya dan rakan saya @daphneiking hanya terjumpa Allahyarhamah sekali sewaktu penggambaran Girls Day In tahun lepas, tetapi amat terkesan dan cair dgn pembawakannya yang tenang, lemah lembut dan baik hati.





"Terus rasa sayang kat dia. 😭 Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahumarghfirlaha Warhamha Wa’afiha Wa’fu Anha.. Salam takziah buat keluarganya," kata pelakon Lisa Surihani yang berkongsi berita duka menerusi laman Instagram miliknya dimana pendakwah wanita, ustazah Shadiya Abbas telah meninggal dunia.

Ustazah Shadiya telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.05 pagi tadi. Difahamkan, isteri kepada penceramah agama, ustaz Muhammad Khairul Azman Md Daud itu meninggal dunia akibat penyakit lelah. Pendakwah ini meninggalkan dua orang anak, Ahmad Al’Izz dan Ana Soffya.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Lisa Surihani


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: