23 April 2020

UCAP ALHAMDULILLAH, MOHON DOA - BELLA ASTILLLAH HAMIL?


Jika sebelum ini penyanyi dan pelakon Bella Astillah seakan-akan memberi bayangan hubungan dia dan Aliff Aziz sudah kembali rujuk sebagai suami isteri selepas memuatnaik foto pisang (Married) dan avocado (I'm The Better Half), kini timbul pula spekulasi mendakwa Bella kini sedang hamil.





Dalam pada itu, Sharifah Shahirah dan Tyzo turut mengajukan soalan kepada Bella mengenai spekulasi yang mengatakan dirinya kini sedang berbadan dua: "Berapa bulan dah Bella? Ada yang kata begitu sebab nampak seri mengandung dah ada. Kalau betul, seronoklah kami. Dah check, scan jantina ke?" seloroh Tyzo.

Bagaimanapun, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah hanya meluahkan rasa syukur dan mengharapkan semua orang mendoakannya: "Alhamdulillah. Doakan Bella," katanya ringkas.

Untuk makluman, Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. Bagaimanapun, pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas abang kepada penyanyi Aisyah Aziz itu beberapa kali kantoi curang.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, menerusi temu bual bersama radio Suria FM, penyampai Suria Petang iaitu Tyzo dan Sharifah Shahirah bertanyakan kepada Bella khabar angin mengenai statusnya dengan Aliff. Biarpun Bella hanya mendiamkan diri, namun pasangan penyampai segmen itu meluahkan rasa syukur kononnya pasangan itu sudah rujuk kembali.

Menurut Bella, dia hanya ingin menghormati kedua-dua belah keluarga memandangkan situasi krisis penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda: "Dah lama berbaik. Saya hormati kedua-dua permintaan keluarga. Dalam masa tidak sesuai dengan keadaan sekarang, banyak benda penting nak uruskan dan fokus," katanya.

Sesi temu bual Sharifah Shahirah dan Tyzo bersama penyanyi lagu 'Tenang' itu disiarkan pada pukul 4.42 petang, Rabu dalam satu panggilan telefon. Pada 17 April lalu, Bella memilih untuk tidak lagi berkongsi mengenai hal melibatkan kehidupan peribadinya kepada umum.

Kata Bella, dia tidak berniat untuk menipu namun hanya belajar daripada kesilapan lalu yang terlalu terbuka berkongsi semua perkara peribadi di laman sosial sehingga menyebabkan dirinya dikecam.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Bella Astillah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: