Sejak berada di rumah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), penyanyi Aishah mengakui berat badan dia kini sudah kehilangan 30 kilogram. Menurut Aishah ukur lilitnya juga sudah banyak susut dan saiz tubuhnya kini semakin mengecil.

"Nak muatnaik gambar terbaru, selapas 30kg weight loss. Menunggu untuk break the next digit hahaha, memecah 'puluhan' yang dah bertahun-tahun tak pernah capai. Teruja pula. Kain saya tu dah panjang, sampai terpijak-terpijak. Ok kita target the next 10 kg.
"Kira pukul rata ukurlilit saya dah kurang dalam 10 hingga 12 inci. Kalau saiz baju dah drop dalam 6 size. Dulu saiz UK22 sekarang dah boleh muat 12, wah 2 saiz lagi dah sama besar masa saya bersama Fan Club," tulis Aishah yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya dengan memuatnaik foto terbaharunya itu.
Klik untuk gambar besar

Pun begitu, Aishah menegaskan apa yang penting kesihatan perlu diutamakan: "Tapi yang penting, kesihatan lebih baik Insyaallah, bila weight loss sudah mendatar selepas Bariatric surgery saya cuba pula Coldtox, membantu saya trigger semula my weight loss sejak PKP bermula
"Alhamdulillah, kesihatan itu satu rezeki yang jangan kita 'take for granted," kata penyanyi lagu 'Pulanglah' itu lagi pada entri tersebut yang mendapat perhatian pengikutnya yang turut menerima inspiriasi daripada Aishah.

www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aishah
________________________

No comments:
Post a Comment