08 May 2020

ADA WANITA TAWARKAN DIRI JADI ISTERI - HAFIZ LEBIH SELESA JAGA HAMDEE SENDIRI


Penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengaku ada wanita menawarkan diri untuk menjadi suri hidupnya selepas simpati melihat dirinya mengasuh bayi sendirian. Bagaimanapun, Hafiz belum bersedia bergelar suami dan lebih selesa menguruskan bayi yang diberi nama Hamdee, sendirian.





"Walaupun pada awalnya agak sukar mengasuh bayi kerana tiada pengalaman, tetapi selepas dua bulan, saya sudah betah menguruskan rutin hariannya. Namun, ada yang simpati hingga menawarkan diri menjadi isteri. Saya hargai keprihatinan mereka, namun, saya terpaksa menolaknya.

"Setakat hendak memandikan, buat susu dan menukar lampin, tiada masalah ... Saya sudah cekap. Kalau perlukan bantuan, saya lebih selesa mengharapkan keluarga. Mereka banyak membantu pun sejak mula mengasuh Hamdee," katanya.

Hafiz sebelum ini pernah berkahwin dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 2017, namun, berpisah beberapa bulan kemudian. Membahasakan dirinya sebagai Papa kepada anaknya itu, penyanyi berusia 35 tahun ini menyifatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberi rahmat buat dirinya. Mengapa tidak, Hafiz berpeluang melihat anaknya membesar di depan mata.

Klik untuk gambar besar


"Saya sangat bersyukur kerana PKP memberi peluang kepada saya menghabiskan masa bersama Hamdee, berbanding ketika mula-mula dahulu. Sebelum ini, jika saya ada urusan, saya akan meminta iba bapa tolong menjaganya. Bagaimanapun, apabila malam, saya akan pastikan Hamdee tidur dengan saya. Penat macam manapun, saya tetap mahu Hamdee di sisi," kata penyanyi 'Zikir Terapi' ini.

Seperti bapa yang lain, Hafiz berharap Hamdee membesar dengan sempurna. Malah, dia sanggup berbuat apa sahaja demi masa depan anaknya itu: "Kasih sayang saya tertumpah hanya untuknya. Saya cuba memberikan yang terbaik, namun, tidak mahu terlalu memanjakannya," tuturnya.

Untuk makluman, Hamdee yang genap usianya dua bulan, kelmarin, turut mempunyai akaun Instagram @hamdeehafiz dengan jumlah pengikut 10,000 orang.






www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian, Instagram Hafiz Hamidun & Hamdee Hafiz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: