08 May 2020

AMEERA KHAN KESAL BUNGA BERBENTUK HATI TIDAK JADI SEPERTI DIINGINKAN


Selebriti media sosial dan adik kepada Noor Neelofa, Ameera Khan baru-baru ini telah meluahkan rasa kesal terhadap sebuah kedai bunga yang gagal memenuhi pesanan yang dibuatnya menerusi laman Instagram miliknya. Bersempena hari ulang tahun pertama bersama buah hati, FD Idzham, Ameera telah menempah sejambak bunga ros berbentuk hati namun lain yang jadi.





"Sebelum memesan bunga, pastikan kedai bunga anda benar-benar dapat melakukan apa yang anda mahukan. Jika tidak, anda akan berasa seperti ini. Saya mahu menghancurkan 'benda' ini, saya tidak tahu apakah ini kerana yang pasti bukan berbentuk hati.

"Saya minta sejambak bunga berbentuk hati. Lol. Saya minta maaf kerana ia tidak menjadi seperti mana yang saya ingin, sayang. Mereka gagal dan saya sangat kesal @syarinasheenflowers," luahnya di Instagram (IG) Stories.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, admin IG @syarinasheenflowers tampil memohon maaf serta berasa ralat dengan kesilapan yang telah dilakukan oleh pihak mereka: "Ini adalah perkara yang tidak dijangka dan telah meminta maaf dengan tulus.

"Dia seorang pelanggan yang sentiasa menyokong dan saya dibebani oleh kesilapan saya. Tetapi ada pelajaran yang perlu dipelajari dan akan terus belajar! Jaga keselamatan semua orang dan terus kuat," tulisnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ameera Khan, FD Idzham & Syarina Sheen Flowers


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: