28 May 2020
ADIK NABILA KOMEN & FOLLOW - SHARNAAZ HARGAI DOA WARGANET
Pelakon Sharnaaz Ahmad menerima komen positif dari pengikutnya selepas memuatnaik foto raya bersama isterinya, Noor Nabila dan anak lelaki mereka, Jebat Jayden Ahmad di laman Instagram (IG) miliknya baru-baru ini. Dek kerana itu, Sharnaaz menghargai setiap doa yang ditinggalkan di ruangan komen di IG itu.
Kata Sharnaaz, semoga setiap kata-kata baik yang ditulis akan dibalas balik satu hari nanti: "Buat setiap insan yang mendoakan kebahagian aku, anda pasti akan dapat reply ini di telefon bimbit anda, ya anda setiap orang yang like dan mendoakan.
"Semoga Allah lipat gandakan rezeki, kebahagian anda, kesenangan, dipermudahkan urusan seharian dan amalan anda semua diterima Allah. Setiap dari anda, telah mendoakan saya, kini saya mendoakan supaya anda semua diberkati Allah. Amin," tulisnya.
Klik untuk gambar besar
Menerusi pemerhatian, adik kepada Nabila dan Neelofa iaitu Athisha Khan turut meninggalkan ucapan sempena Hari Raya Aidilfitri: "Selamat hari raya abang!" tulis Athisha.
Malah, Ameera Khan yang juga merupakan selebriti media sosial juga sudah mengikuti (following) Sharnaaz di IG. Ketika ini, kes penceraian Sharnaaz dan Nabila masih berjalan. Terdahulu, Sharnaaz mendedahkan dia memilih untuk berbaik dengan Nabila untuk 'co-parenting' bagi kebaikan anak mereka, Jebat Jayden.
Pasangan ini bernikah pada 31 Mac 2017 di Hotel Royale Chulan, Damansara, Selangor. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharnaaz Ahmad
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment