28 May 2020

IKMAL AMRY ULAS 'JATUH SAHAM': "ADA UNFOLLOW SEJAK PERTUNANGAN DIKONGSI"


Selamat melangsungkan pertunangan dengan pilihan hatinya, Najla dua hari lalu iaitu pada hari raya ketiga, pelakon dan model Ikmal Amry ketika ditanya tentang 'jatuh saham' itu berkata yang dia kekal positif dan yakin kebanyakan peminatnya berasa senang melihat hubungan mereka berdua.





"Kalau nak cakap tentang jatuh saham, saya pun sudah kerap kongsi gambar bersama Najla sebelum ini, apa yang saya lihat, kebanyakan peminat menerima hubungan kami dengan baik. Najla pun ada berkongsi gambar bersama saya di akaun media sosial miliknya, saya rasa semuanya baik-baik sahaja dan tiada apa yang berubah," ujarnya.

Bagaimanapun, Ikmal turut menyedari ada peminat yang bertindak untuk berhenti mengikutinya (unfollow) di laman sosial selepas berkongsi foto pertunangan. Difahamkan, perkenalan Ikmal dan Najla hampir memasuki tahun yang keempat.

Klik untuk gambar besar


"Pada masa yang sama, saya sedar ada juga pengikut di media sosial bertindak untuk unfollow saya sejak gambar pertunangan saya dikongsi. Tidak mengapa, saya terima sebaiknya, lagipun pertunangan dan perancangan untuk berkahwin adalah satu proses kehidupan seseorang manusia," katanya lagi.

Tahniah diucapkan, semoga segala perancangan mereka mengakhiri zaman bujang dipermudahkan oleh Allah SWT.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Ikmal Amry & Najla


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: