28 May 2020

SHEILA RUSLY NAFI 'BEREHAT' GARA-GARA 'BUKAN GADIS BIASA' DILABEL DRAMA SAMPAH!


"Saya pelik bagaimana cerita mahu berehat daripada bidang lakonan menjadi sensasi semula. Sedangkan perkara itu saya umumkan sejak Oktober tahun lalu ketika menjalani penggambaran drama 'Bukan Gadis Biasa'. Keputusan itu dibuat bukan sebab saya kecil hati dengan kritikan penonton terhadap watak Opah Aminah.





"Sekelumit pun saya tidak berkecil hati... Itu hak mereka bersuara dan saya tidak boleh menghalang," ujar pelakon dan penerbit Sheila Rusly yang menafikan dirinya merajuk hingga mahu berehat daripada dunia lakonan.

Mencetuskan kontroversi dengan watak Opah Aminah dalam drama 'Bukan Gadis Biasa', Sheila, 49, menjelaskan, keputusan itu dibuat kerana sudah terlalu penat selepas 35 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni. Kata Sheila, dia mahu berundur untuk berehat.

Klik untuk gambar besar


"Saya bukan lagi muda, umur saya pun sudah hampir mencecah 50 tahun. Jadi tiba masanya untuk saya berehat seketika daripada industri. Tetapi, sekiranya ada watak menarik yang boleh mencabar kemampuan sebagai pelakon, saya akan terima," katanya.

Sheila berkata, selama 35 tahun bergelumang dalam dunia seni, dia sudah faham 'sepak terajang' dan kritikan peminat. Malah, Sheila mengaku sebagai anak seni, perkara itu sudah menjadi 'makanan', namun, dia ada hati dan perasaan.



"Saya tidak kisah dikritik tetapi janganlah sehingga maki hamun, caci-maki dan kurang ajar. Saya tidak mampu memuaskan hati semua orang. Tetapi saya juga tidak boleh memaksa orang menonton cerita saya," tuturnya.

Sheila terkilan ada yang mendakwa Bukan Gadis Biasa sebagai drama 'sampah': "Tiada siapa yang sanggup keluarkan bajet RM1 juta dan menjalani penggambaran sehingga tiga bulan untuk menghasilkan karya dilabel 'sampah'.

"Saya ada hati dan perasaan. Ada ketikanya, saya terkesan dengan kritikan netizen terutama jika mereka bersikap kurang ajar. Namun, sebagai anak seni, itu adalah 'makanan' saya. Jika tohmahan sekecil ini pun saya tidak boleh terima, tidak mungkinlah saya mampu bertahan lebih 30 tahun dalam dunia seni," jelasnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Sheila Rusly


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: