12 May 2020
ADIK NAURA SERING DIGAYAKAN SEPERTI DEWASA - NETIZEN LUAH RASA KASIHAN
Sebelum ini seorang kanak-kanak, adik Che Naura Auni menjadi buah mulut netizen selepas wajahnya mempunyai iras seperti pelakon, pengacara dan usahawan Noor Neelofa. Sampaikan adik Naura turut dijemput ke rancangan Meletop bagi berjumpa sendiri dengan selebriti popular itu.
Sejak daripada itu, ramai yang mula memberikan perhatian kepada kehidupan adik Naura dan jumlah pengikutnya di laman Instagram turut meningkat pada saban hari. Pun begitu, semakin lama dilihat, semakin ramai netizen yang tidak selesa melihat kehidupan adik cilik itu.
Bukan sahaja gaya percakapan dan memek muka yang menjadi ikutan adik Naura, malahan dia sering digayakan dengan pakaian yang terlampau dewasa bagi usianya. Malahan wajahnya juga tidak lekang dengan solekan tebal meskipun ianya tidak digalakkan untuk kanak-kanak kerana kandungan kimia yang banyak.
Rata-rata netizen mengkritik kedua ibu bapa adiki Naura yang sepertinya 'memasarkan' anak mereka sendiri bagi mendapatkan perhatian ramai. Kanak-kanak itu juga dibanjiri dengan kata-kata kasihan daripada orang ramai kerana tidak dapat menjalani hidup normal seperti kanak-kanak lain. Ada yang menasihati supaya adik Naura dibiarkan hidup bebas dan melakukan perkara yang mahu dilakukan, bukannya terpaksa mengikut kemahuan orang dewasa.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment