13 May 2020

PERKEMBANGAN TERKINI USTAZ KAZIM ELIAS


"Saya mewakili YBhg Dato dan keluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan Dato.

"Terima kasih juga kepada pihak media yg sentiasa mengambil maklum perkembangan Dato. Dato telah dimasukkan ke dalam wad di sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badannya.

"Sebelum ini, beliau menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada 2 bulan.Dan sejak 2 minggu ini kesihatan beliau semakin tidak stabil sehinggalah dikejarkan ke wad kecemasan pada Ahad lepas.





"Beliau telah menjalani imbasan MRI dan ultrasound sebaik sahaja dimasukkan ke hospital. Setakat ini tiada lagi laporan daripada pihak doktor tentang apa sebenarnya masalah kesihatan yang dihadapi oleh Dato’.

"Saya dengan rendah diri memohon kepada semua agar dapat mendoakan kesihatan yang baik diberikan kepada beliau," kongsi Jasmin Mastan, Pegawai Khas kepada Ustaz Kazim mengenai kesihatan penceramah itu.

Doa kita, moga beliau cepat sembuh dan kembali berceramah seperti biasa. Amin!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: