13 May 2020

"KALAH ANAK DARA" - DIUSIA 50, A. AIDA TERIMA 16 JAMBAK BUNGA


"Alhamdulillah, saya berterima kasih pada semua yang menghantar kek, hadiah dan bunga. Kali ini saya pelik sebab banyak bunga tanpa nama pengirim yang saya anggap pengirim misteri. Daripada 30 jambak bunga yang diterima, 16 tidak ada nama pengirim.





"80 peratus adalah bunga mawar. Selain itu ada bunga tulip dan daisy. Pening kepala juga fikir siapa pengirim. Sampai sekarang tak tahu siapa," kata penerbit Datuk A Aida mengenai jambangan bunga yang diterimanya daripada pengirim misteri sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50 pada 20 April lalu.

Tambahnya, walaupun sudah 22 hari berlalu, dia masih lagi mendapat kiriman bunga sehingga hari ini.

"Ramai yang tahu hati saya ini cepat cair kalau lelaki tu 'sado'. Jadi, rasanya pengirim misteri itu mesti 'sado' semuanya. Alhamdulillah, masih menjadi rebutan. Sebab itu kena jaga badan dan penampilan. Biar kalah anak dara," ujarnya dipetik sebagai berkata.



         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: