Sahabat baik saya ketika saya mula-mula menceburi bidang kewartawanan dahulu iaitu pendakwah hebat, Dato’ Ismail Kamus dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam 8 Mei di kediaman beliau di Ampang, Selangor.
Berita sedih tersebut telah dimuatnaik di status page Facebook Pusat Rawatan Islam Darussalam Malaysia.

Untuk makluman, selain berdakwah beliau adalah Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia.
"Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus telah kembali ke rahmatullah jam 12.30 pagi, 8 Mei 2020 di kediaman beliau di Ampang.
"Semoga Allah SWT menempatkan beliau ditempat yang mulia di sisi Allah SWT ta’ala," tulis PPIDM.
Klik untuk gambar besar

Dato’ Ismail Kamus, 72, sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur kerana serangan jantung dan strok ringan, selain jangkitan kuman di paru-paru.
Difahamkan, Jenazah allahyarham akan diuruskan di Masjid as-Sobirin, Keramat Au5 jam 9.00 pagi esok dan akan disolatkan disana.
Al-Fatihah!


Sumber Rasmi : PPIDM - 8 Mei 2020 | 15 Ramadhan 1441
________________________

No comments:
Post a Comment