26 May 2020

AL-FATIHAH - NENEK ROZITA CHE WAN KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta atas pemergian nenek tersayang, Allahyarham Munah Hadi, 91, yang menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Jitra, Kedah, jam 5.06 petang, semalam.





Kehilangan nenek cukup pahit dan memberikan kesedihan mendalam buat Che Ta ketika menyambut Syawal. Nenek Che Ta meninggal dunia akibat sakit tua dan dikebumikan selepas waktu Isyak, malam tadi. Che Ta dan keluarga sempat pulang ke kampung halaman untuk bertemu arwah buat kali terakhir.

Che Ta berkata, arwah kerap masuk keluar ke hospital bagi mendapatkan rawatan, sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, keadaan semakin tenat dan dimasukkan ke hospital pada malam raya: "Saya dan keluarga bergegas pulang ke Jitra, sejak tengah hari hari raya pertama lagi.

Klik untuk gambar besar


"Saya sempat menatap wajah dan berada di sisi arwah, sebelum menghembuskan nafas terakhir. Saya juga menjenguk arwah ketika dimasukkan ke hospital, beberapa bulan lalu. Saya reda dengan pemergiannya, malah seluruh keluarga saya bersedih atas pemergian insan tersayang," jelasnya.

Pelakon drama 'Kiah Pekasam' dan 'Lelaki Kiriman Tuhan' itu berkata, arwah nenek sangat rapat dengannya sejak kecil: "Kehilangannya amat dirasai kerana arwah menjaga saya, sejak kecil. Arwah tinggal bersama mak dan adik beradik yang lain. Saya membesar dengannya. Saya dan adik beradik akan bergilir-gilir menjaga dan melayan jika arwah datang ke Kuala Lumpur," katanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: