27 May 2020

KENA SAMAN PKPB KERANA MEMANCING - AIMAN TINO RASA KESAL


"Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut syarat Prosedur Standard Operasi (SOP) yang disediakan pemilik kolam ini. Ketika serbuan polis lewat petang semalam, hujan turun lebat.

"Ramai pengunjung berteduh pada bangsal terbuka pada satu tempat ketika itu yang melebihi 20 orang, polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung," demikian dakwa Muhammad Aiman Yusri, 22 yang dikenali Aiman Tino dipetik sebagai berkata.

Katanya, dia 'terperangkap' dalam kes kompaun RM1,000 selepas didapati memancing di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu, semalam.





Tambahnya, ketika itu dia bersama ayahnya, Yusri Ishak, 51, dan adiknya Muhammad Haikal, 14, berada di lokasi ketika polis menyerbu masuk kawasan kolam berkenaan.

Difahamkan, seramai 59 pemancing termasuk dua pekerja warga asing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Saya kesal disaman pihak polis bersama para pengunjung lain. Kami dibekalkan syarat asas tatacara urusan kebenaran kolam pancing yang betul dan turut mengamalkan apa yang dikehendaki," ujar Aiman yang mendakwa sepatutnya pengusaha kolam pancing ini perlu dikenakan tindakan undang-undang juga dengan kompaun yang sesuai dan bukannya 59 pemancing lain yang datang ke situ.

Bayaran kompaun RM1,000 tersebut harus dibayar di Pusat Kesihatan Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya pada 8 Jun ini.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: