13 May 2020

AL-FATIHAH - PENGASAS CAP KIPAS UDANG KEMBALI KE RAHMATULLAH


Pada jam 9.15 pagi semalam, pengasas kicap, sos dan seri kaya Cap Kipas Udang, Datuk Lambak Mohamed telah meninggal dunia.

Menurut cucunya Amiza Abdul Aziz, jenazah Allahyarham Lambak, 100, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kebun Teh kira-kira 12.30 tengah hari, semalam.





"Arwah tiada komplikasi penyakit, malah dia sihat sahaja sebelum ini,” katanya ketika mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.

Lambak meninggalkan balu Datin Rogayah Jusoh, 94, dan 12 cahaya mata.

Produk yang dikeluarkan oleh syarikat Zara Foodstuff Industries Sdn Bhd sejak 1987 itu tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama produk kicap Habhal’s yang menjadi pilihan ramai.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Bernama


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: