14 May 2020

GARA-GARA ISTERI HAMIL LAGI - JAMAL ABDILLAH SYUKUR 'REZEKI TERBABAS'


Penyanyi Jamal Abdillah, 61, tidak terasa hati atas segala komen netizen terhadapnya tetapi mengambilnya sebagai nasihat yang positif. Semuanya gara-gara berkenaan isterinya Datin Zai Izzati Khiruddin, 25, hamil lagi anak kedua.

"Mereka tak tahu kita sebenarnya 'terbabas' dan ia adalah rezeki. Malah banyak kawan-kawan saya ucap tahniah kerana ia satu benda baik. Saya hanya menunaikan tanggungjawab apabila dia sudah selesai berpantang. Saya sebagai suami kena teruskan tanggungjawab untuk bagi nafkah zahir dan batin," katanya yang memahami kebanyakan mereka bersimpati dengan isterinya yang tidak sempat berehat selepas melahirkan anak mereka, Nur Azura Yamani yang kini berusia tujuh bulan.





"Saya memang prihatin dengan kesihatan isteri sejak mula tahu dia hamil semula. Perkara yang sama dilakukan ketika dia mengandungkan Azura dan alhamdulillah sampai sekarang Azura tak pernah sakit atau demam kerana saya amat jaga kesihatan isteri waktu mengandung. Setiap bulan saya pastikan dia jumpa doktor untuk ambil suntikan yang dibenarkan. Apa yang doktor sarankan saya ikut," tambahnya dipetik sebagai berkata.

"Kehadiran orang baru menjadikan tanggungjawab saya sebagai ketua keluarga bertambah berat. Saya juga yakin setiap anak yang lahir akan ada rezekinya nanti.

"Buat masa ini jantina anak kami belum tahu dan hanya akan diketahui apabila kandungan masuk 18 minggu. Saya mengharapkan anak lelaki tapi kalau perempuan juga saya terima dengan hati terbuka. Nama belum ada setakat ini, tapi apabila lahir dan tahu jantina, baru saya akan letak nama," Ujarnya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: