13 May 2020

"13 MEI... HANYA DOA KU KIRIMKAN BUATMU" - SAIDA SAYU ARWAH MAYA SIMPAN GAMBAR PASSPORTNYA


"Kebiasaannya tanggal 13 Mei akan ku ungkapkan selamat hari lahir buatmu sahabatku. Tapi tahun ini situasinya berbeza, hanya doa ku kirimkan buatmu. Gambar passport tu arwah simpan di dalam dompet dan dibawa ke mana-mana. Sepertinya persahabatan yang terjalin ini akan ku kenang hingga ke akhir hayat.





"Al-Fatihah untukmu sahabatku. Akan ku kenangmu dalam setiap doaku. Al-Fatihah," demikian tulis penyanyi Saida atau nama penuhnya Siti Norsaida Tarudin yang meluahkan rasa rindu yang mendalam terutama tarikh 13 Mei iaitu jatuh pada hari ulang tahun ke-44 Allahyarham Maya Matahari yang meninggal dunia dua bulan lalu.

Lebih memilukan, Saida berkongsi bahawa arwah menyimpan gambar pasport miliknya di dalam dompet supaya boleh dibawa ke mana sahaja. Dalam pada itu, penyanyi Rem Cassim yang popular sekitar tahun 90an turut berkongsi kenangan bersama Allahyarham di laman Instagram Saida: "Abang masih tak boleh move on melihat foto-foto indah dalam telefon... memang tak akan dilupuskan sampai bila-bila," katanya.

Untuk makluman, Maya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee yang popular dengan lagu Matahari meninggal dunia akibat kanser sarcoma tahap empat pada 18 Mac lalu setelah kembali daripada menjalani rawatan di China.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Saida Taruddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: