05 May 2020

AL-FATIHAH - PENYANYI INDONESIA, DIDI KEMPOT KEMBALI KE RAHMATULLAH


Takziah kami ucapkan kepada ahli keluarga penyanyi Indonesia, Didi Kempot atas pemergiannya yang dikhabarkan baru sahaja meninggal dunia di Surakarta, Jawa Tengah pada usia 53 tahun.





Menurut kompas.com, Didi dibawa ke Kasih Ibu Hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dan punca kematian belum dikenal pasti.

Didi atau nama sebenarnya, Dionisius Prasetyo terkenal menerusi adunan lagu Jawa dan muzik moden.

Terdahulu, Didi antara selebriti yang membantu meraih dana lebih RM1.5 juta bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan akibat virus Covid-19 di negara berkenaan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & The Jakarta Post


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: