05 May 2020

"DOAKAN BAIK-BAIK..." - BALU ARWAH ABAM ENGGAN ULAS DAKWAAN ALI DISEKAT


Sebelum ini, pelawak Ali Puteh mendakwa dia tidak dapat melihat wajah anak arwah abangnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kerana telah disekat di media sosial oleh seluruh anggota keluarga balu kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nurhidayah Mohd Ali, 28.





Ditanya mengenai kenyataan adik iparnya, Hidayah mengambil pendekatan untuk tidak mengulas panjang. Dalam pada itu, Hidayah turut memohon agar semua pihak sentiasa mendoakan kesejahteraan diri dan keluarganya.

"Untuk hal ini, saya minta maaf. Saya tidak mahu beri apa-apa kenyataan berkaitan ini. Doakan yang baik-baik untuk saya, Hamzah dan keluarga. Salam sayang dari saya untuk semua yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan," katanya ketika dihubungi.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini, kisah keluarga Ali menjadi perhatian selepas usahawan Aliff Syukri menyiarkan temu bual bersama balu Abam, Siti Nurhidayah secara 'live' di Facebook. Dalam temu bual itu, usahawan tersebut menyentuh isu sensitif berkaitan harta pusaka.

Situasi tersebut kemudian menjadi tegang sehingga mencetuskan perbalahan dua keluarga dan mendapat perhatian netizen. Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada pagi Isnin (10 Februari) akibat demam panas.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: