29 May 2020

ALAMI PENDARAHAN PADA RAHIM - ALMY TERPAKSA GUGURKAN KANDUNGAN 4 MINGGU


"Dua hari sebelum raya, Almy mula mengalami pendarahan pada rahim. Malam tu juga kami telefon doktor dan bertanya tentang pendarahan tersebut. Doktor kata kalau darah keluar lebih banyak, terus maklumkan padanya.





"Keesokan harinya saya bawa Almy ke hospital dan buat pemeriksaan. Ada darah beku pada rahim Almy... seperti ulser. Hari pertama darah beku tu hanya berukuran 1cm, hari ketiga ia membesar kepada 3cm hingga 6cm semalam," demikian kata pelakon Datuk Fizz Fairuz mengenai isterinya, pelakon Datin Almy Nadia.

Dijangka hamil empat minggu, Almy dipercayai keguguran setelah mengalami pendarahan pada rahim sejak 22 Mei lalu. Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40, berkata pendarahan yang dialami berlaku ketika isterinya berada di rumah, dua hari sebelum sambutan Aidilfitri pada Ahad.

Menurut Fizz, selepas membuat pemeriksaan, terdapat darah beku pada rahim Almy yang kelihatan seperti ulser malah saiznya membesar sehingga satu sentimeter (cm) setiap hari. Tambahnya, Almy juga kelihatan terlalu lemah dan pucat kerana kehilangan terlalu banyak darah sebelum doktor membuat keputusan untuk melakukan pembedahan membuang darah beku dan mencuci rahim.

Klik untuk gambar besar


Pembedahan itu dijalankan pada Khamis kira-kira pukul 3.30 petang sehingga 5.45 petang di sebuah hospital swasta di Setapak, Kuala Lumpur: "Semalam dia mengalami sakit yang teramat sangat sampai muka dia pucat.

"Almy pun langsung tak dapat tidur, sakit sangat macam orang nak beranak. Jadi doktor ambil keputusan untuk buat pembedahan dan keluarkan darah beku tersebut dan cuci rahim kerana darah sudah terlalu banyak keluar," ujar Fizz.

Ketika ditanya punca pendarahan tersebut, pelakon itu berkata kemungkinan isterinya hamil empat minggu. Namun, perkara itu belum dapat disahkan kerana pihak hospital masih melakukan pemeriksaan: "Punca pendarahan itu kemungkinan daripada kantung bayi.



"Almy berkemungkinan hamil empat minggu. Tapi, kami masih tak dapat pastikan punca sebenarnya kerana kemungkinan darah beku itu terjadi akibat kehamilan atau ia hanya darah beku yang berada dalam kantung bayi," katanya.

Dalam pada itu, Fizz berkata tiada apa yang diharapkannya melainkan agar Allah memberikan kesembukan kepada isterinya: "Rezeki tu mana-mana pun ada. Kalau Allah nak bagi, cepat atau lambat kita tetap akan dapat tapi nyawa Allah bagi sekali saja jadi kami ambil keputusan untuk gugurkan sahaja kandungan itu dan selamatkan nyawa isteri saya.

"Sebelum rahim itu dicuci, staf perubatan cakap dalam kantung itu dah kosong, sebelum ni ada kelihatan ketulan seperti kandungan. Mungkin semalam bila dah sakit sangat, benda itu dah keluar jadi kemungkinan gugurlah kandungan itu," jelas Fizz mengenai keadaan isterinya yang sebelum ini pernah mengalami keguguran pada usia kandungan 14 minggu pada Februari lalu.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Fizz Fairuz & Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: