Akhirnya penyanyi dan pelakon Ezlynn Ariffin mengambil keputusan berhijab sepenuhnya selepas tiga tahun cuba memakai hijab setiap kali bulan Ramadan dan tahun ini ia dipermudahkan. Ezlynn mengakui dia mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya selepas akhir Ramadan baru-baru ini.

"Sebelum ini saya memang berhijab setiap kali bulan puasa selama 3 tahun berturut-turut. Tetapi tahun ini saya ambil keputusan untuk berhijab terus sepenuhnya. Mungkin Allah permudahkan niat saya selepas tiga tahun saya cuba untuk berhijab di bulan puasa akhirnya Dia tetapkan," katanya.
Pelantun lagu 'Hi Hi Bye Bye' itu dihubungi Gempak selepas ruangan komen di Instagram miliknya rata-rata bertanyakan mengenai imejnya kini yang masih berhijab meskipun selepas Ramadan. Menurut Ezlynn penghijrahannya mudah dan bukan kerana sesiapa.
"Saya berhijrah hanya kerana Allah, tiada sebab untuk berhijrah kerana sesiapa. Cuma apa yang terdetik di hati saya tahun ni rasa nak berhijab," tuturnya yang turut memberitahu dia dalam perancangan untuk menghasilkan single terbaharu.
Klik untuk gambar besar


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ezlynn Ariffin
________________________

No comments:
Post a Comment