29 May 2020
DIPERTIKAI PAKAI BAJU BESAR KERANA 'MALU TUNJUK PERUT' - BELLA TEMPELAK NETIZEN
"Bella punya baju raya dua-dua besar sebab mau keselesaan tapi ada akaun palsu beri komen cakap 'kenapa pilih baju besar sebab malu nak tunjuk perut ke'. Astaghfirullahalazim haa sampai mengucap. Siapa pun lah awak di sebalik akaun palsu tu, pertama saya rasa semua dah tahu saya mengandung.
"Kedua kalau hamil wajib ke kena post tunjuk perut dengan baju ketat. Boleh ke saya buat macam tu? Kena kecam tak?" demikian tulis penyanyi dan pelakon Bella Astillah menerusi sebuah entri di Instagram Stories.
Bella menyatakan keputusan untuk mengenakan baju raya bersaiz besar adalah untuk keselesaan diri. Tegas Bella, tidak timbul isu dia berasa malu untuk menunjukkan perut yang makin hari makin membesar memandangkan sudah diketahui umum kini dia sedang hamil.
Klik untuk gambar besar
Isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz itu menyatakan dia ada melakukan 'maternity shoot' cuma foto itu tidak sesuai untuk dikongsikan buat masa sekarang: "Ada ja gambar 'maternity shoot' tapi masa tu Bella hormat bulan Ramadan tak sesuai untuk post dan sekarang raya macam tak sesuai juga.
"Apapun, hidup ni kena sentiasa mendoakan orang lain sebab roda kehidupan berputar. Bila kita mendoakan kebaikan untuk orang, ada saja kebaikan untuk kita juga," tulisnya lagi.
Kecoh baru-baru ini apabila Bella memaklumkan sudah kembali rujuk dengan Aliff ketika dalam tempoh iddah dan sedang berbadan dua. Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 namun mahligai yang dibina berkecai kerana sikap Aliff sendiri yang kerap curang dengan wanita lain. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Bella Astillah
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment