29 May 2020

TONY EUSOFF: "SEBELUM SEMBANG OSCAR, APA KATA ORANG ATASAN FINAS TURUN PADANG DULU"


Semua sedia maklum mengenai Zakaria Abd Hamid yang dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menggantikan Datuk Hans Isaac, berkuat kuasa 23 Mei 2020. Baru sahaja memegang jawatan tersebut, kenyataan Zakaria yang ingin membawa industri perfileman tanah air sehingga ke peringkat Anugerah Academy atau Oscar menimbulkan rasa kurang senang segelintir anak seni.





Menerusi Twitter, pelakon Tony Eusoff telah berkongsikan pendapatnya tentang kenyataan pengrusi Finas itu. Katanya, sebelum bercita-cita nak pergi lebih jauh, perlu lihat pelbagai isu dalaman yang perlu diperbaiki.

Bercakap memang mudah, tetapi bagaimana cara untuk merealisasikannya. Malah, Tony turut menyeru pihak atasan Finas untuk turun padang terlebih dahulu dan melihat sendiri kerja keras pekerja-pekerja seni termasuklah pelakon.

"Sebelum sembang Oscar, apa kata orang atasan Finas turun padang dulu, tengok keadaan 'shooting' macam mana. Periksa bahagian 'wardrobe', tengok baju-baju itu artis punya atau produksi yang sediakan," katanya.

Klik untuk gambar besar


Ujarnya lagi, jika mahu menang Oscar sekali pun apakah langkah-langah yang dicadangkan. Tone berkata dari segi bajet, industri seni tanah air kita jauh ketinggalan berbanding pemenang Oscar. Dalam pada itu, Tony turut menyeru pihak berkenaan supaya tidak memperlekehkan cabaran pekerja filem tanah air dengan niat hanya mahu menang anugerah antarabangsa.

Tony dihubungi berkata dia menulis ciapan di platform media sosial itu tanpa niat untuk menghentam mana-mana pihak, sebaliknya bagi membuka mata seluruh penggiat industri seni untuk melihat pelbagai isu dalaman yang perlu diperbaiki, sebelum bercita-cita nak pergi lebih jauh.

"Nak cakap kejar Oscar, memang senang, tapi bagaimana kita nak merealisasikannya? Sebelum nak capai sesuatu, terangkan dan bentangkan, bagaimana caranya," tuturnya.



Menurutnya, perkara utama adalah pelbagai isu dalaman perlu ditangani sebaik mungkin bagi memastikan sistem yang menjadi asas kepada industri seni tanah air dapat diperkukuhkan: "Banyak lagi isu yang perlu ditangani. Dalam pada industri kita berdepan pelbagai isu, tukar 'orang' pula dan orang yang nak buat sesuatu kerja, tak kesampaian.

"Kalau saya nak sebut satu persatu isu, memang banyak sangat. Salah satunya, kebajikan pekerja seni pun ada yang tidak terbela. Kontrak kerja pula ada yang berat sebelah dan tidak dihormati. Saya tak salahkan mana-mana pihak, tapi sistem dan regulasi perlu diperkasakan lagi. Semua pihak harus bersama-sama menjalankan tanggungjawab kita," ujarnya.

Diminta mengulas mengenai perlantikan Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta ahli perbadanan baru Finas, Tony hanya berkongsi harapannya untuk industri: "Saya tak cukup kenal atau tahu menahu mengenai mereka untuk berikan komen.

"Apa pun, saya harap, sesiapa yang dilantik akan mendengar suara orang-orang bawahan. Kita sama-sama cari penyelesaian untuk pelbagai isu dalaman kerana perkara ini adalah tanggungjawab bersama," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Harian Metro & Tony Eusoff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: