29 May 2020

DAKWAAN PIKAT ISTERI ORANG, AJAK BERSETUBUH - SHAH HAZVEE MENGAKU TIDAK BERSALAH


Atas dakwaan memikat isteri orang dan mengajak melakukan persetubuhan, pelakon drama 'Monalisa' dan 'Hero', Shah Hazvee telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang hari ini. Shah Hazvee atau nama sebenarnya Muhammad Shah Radhi Hazvee, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas tuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Farah Nasihah Annuar.





Mengikut tuduhan, Shah Hazvee didakwa memikat wanita berusia 36 tahun yang diketahuinya berstatus isteri orang dengan niat untuk bersetubuh. Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya S Sangitaa menawarkan jaminan RM6,000 kepada tertuduh, bagaimanapun peguamnya Harcharanjit Singh memohon supaya anak guamnya diikat jamin dengan wang jaminan berjumlah RM2000. Beliau berkata tujuan jaminan adalah untuk memastikan kehadiran tertuduh di mahkamah. Katanya, anak guamnya adalah seorang artis dan tiada sebab untuk melarikan diri.

Mahkamah membenarkan Shah Hazvee diikat jamin dengan wang jaminan RM2300 dengan seorang penjamin. Difahamkan pelakon itu dijamin oleh kakaknya.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: