28 May 2020

ALIFF SYUKRI KONGSI FOTO DAHI YUSOFF BENJOL: "KALAU ANAK ORANG LAIN ABAH DAH VIRAL NI"


Menerusi satu entri di laman Instagram, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri memuatnaik foto anak keempatnya, Yusoff Al-Qardawi yang berdepan kecederaan kecil hingga menyebabkan dahinya benjol kerana terjatuh. Malah menerusi beberapa lampiran foto kandid yang dikongsikan, bahagian dahi kanak-kanak berkenaan dilihat turut mempunyai kesan lebam.





Aliff bagaimanapun mengakui anak lelakinya itu terlalu aktif dan apa yang berlaku itu adalah satu hal biasa: "Kalau anak org lain abah dah viral dah ni. Yusoff dan benjol x dapat dipisahkan. @yusoffalqardawi_terlajaklaris anak yg terlalu aktif, jatuh dan benjol tu mcm dah biasa je.

"Dah kebal jatuh mcm mana pun x nangis!! Tapi abah yg risau yusoff ooii. Cepat nau hilangnya. Abah pusing kejap je yusoff dah hilang," tulis suami kepada Datin Seri Nur Shahida itu yang kini muncul menerusi single 'Coba Bahagia'.

Klik untuk gambar besar


Keadaan Yusoff itu telah menarik perhatian netizen yang rata-ratanya risaukan keadaan si cilik itu. Malah, tidak kurang juga yang berkongsi tips untuk mengurangkan benjol pada dahi Yusoff. Antaranya menuam ais atau air suam di dahi Yusoff dan ada juga yang mencadangkan beberapa produk terbaik untuk rawatan itu.

Namun, tidak kurang juga yang berkongsi pelbagai petua lain yang mungkin ada baru pertama kali dengar. Kebanyakannya menyarankan agar Aliff Syukri segera mendapatkan pemeriksaan doktor bagi mendapatkan kepastiaan keadaan sebenar Yusoff.








www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Aliff Syukri


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: