28 May 2020

RIZ AMIN TANAM 4,083 HELAI RAMBUT: "NAK TIDUR TAK TENTU ARAH..."


Jika sebelum ini pelakon Zoey Rahman melakukan rawatan tanam rambut, terkini pelakon Riz Amin pula nekad untuk melakukan rawatan menanam semula rambut selepas sambutan Syawal baru-baru ini. Kata Riz, 34, hasrat itu telah dipendam sejak Januari lalu dan prosedur itu dilakukan di sebuah klinik anestetik popular di ibu kota.





"Sebenarnya saya bercadang untuk melakukan rawatan tanam rambut ini sejak awal tahun lagi tetapi terhalang dengan penggambaran dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemudiannya. Sekarang barulah ada peluang untuk meneruskan rawatan ini.

"Tujuan saya melakukan rawatan ini kerana berdepan masalah keguguran rambut terutama di bahagian hadapan kepala. Banyak produk yang saya telah cuba tapi ia hanya menguatkan akar rambut yang sedia ada bukannya mampu menumbuhkan semula kawasan rambut yang sudah botak," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah pelakon filem 'Polis Evo 2' itu, sebanyak 4,083 helai rambut diambil dari bahagian belakang kepalanya untuk ditanam semula di bahagian hadapan: "Setiap helai berharga RM6 dan bagi saya pelaburan ini berbaloi untuk kepuasan diri saya dan mendapatkan semula keyakinan untuk berlakon.

"Ketika prosedur itu tak rasa sakit pun cuma selepas ubat bius habis terasa berdenyut-denyut. Apabila waktu malam pula nak tidur tak tentu arah jugalah sebab bahagian belakang kepala luka. Saya masih perlu mendapatkan rawatan berkala di klinik itu dan perlu mengambil tonik serta ubat-ubatan dalam tempoh yang ditetapkan doktor," ujarnya.

Riz mengharapkan hasil yang memberangsangkan selepas empat hingga tujuh bulan apabila rambut baharu mulai tumbuh kelak: "Lain orang lain pemikiran tetapi bagi saya tak salah kalau ambil rambut sendiri. Saya bukannya pakai rambut orang lain," jawabnya apabila ramai yang mengecam tindakan artis lain yang melakukan prosedur sama sebelum ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Riz Amin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: