28 May 2020

BERJANJI DEPAN KADI - CHEF WAN JAGA KEBAJIKAN BEKAS ISTERI HINGGA HUJUNG NYAWA


Chef selebriti terkenal, Dato Redzuawan Bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan yang kehilangan bekas isterinya, Norhayati Ayub pada Mac lalu itu baru-baru ini telah memuatnaik gambar kenangan mereka sekeluarga beraya bersama.





Menerusi perkongsian itu, Chef Wan menyifatkan bekas isterinya itu seorang wanita yang sangat baik dan lemah lembut. Meskipun sudah bercerai 33 tahun, namun Chef Wan masih menjalankan tanggungjawab menjaga kebajikan isterinya. Berceritakan kisah masa lalu, Chef Wan berkata perkahawinan mereka diaturkan oleh keluarga dan ketika itu dia berusia 22 tahun, manakala isterinya berusia 19 tahun.

Meskipun rumah tangga hanya mampu bertahan selama 4 tahun sahaja, namun Chef Wan berkata dia sudah pun berjanji di hadapan bekas isterinya bahawa dia akan menjaga kebajikannya sehingga ke akhir hayatnya kerana baginya wanita itu adalah ibu kepada anak-anaknya juga. Janji Chef wan, dia enggan bekas isterinya itu hidup melarat selepas dia melepaskannya.

Malah, Chef Wan berkata dia turut membelikan sebuah apartment untuk bekas isterinya berdekatan rumahnya dan memberikan wang elaun sebanyak RM5,000 sebulan untuk membeli keperluan. Chef Wan berkata dia sentiasa mewahkan bekas isterinya selagi termampu namun wanita itu tidak pernah meminta apa-apa daripadanya dan tidak pernah menyusahkan dirinya.

Klik untuk gambar besar


"Saya simpan janji-janji itu selama 33 tahun! Memahami hidupnya pernah melalui fasa kesusahan, hati saya tak sampai untuk melepaskan dia macam tu sahaja tanpa menjaga kebajikan beliau. Jadi, saya berjanji selepas menceraikannya di hadapan kadi di Kuang yang saya takkan mensia-siakan hidupnya dan akan menjaga kebajikannya sehingga ke hujung nyawanya sampai ke liang lahad.

"Mungkin saya ada perasaan belas kasihan dan empati kepadanya dan tak nak hidupnya melarat apatah beliau adalah ibu kepada anak-anak saya. Saya belikan dia apartmen yang jaraknya cuma 2 minit dari penthouse saya.

"Setiap bulan saya akan pastikan dia mendapat RM5,000 untuk elaun makan dan saya terus menjaga rumahnya, pakaiannya dan lain-lain. Cakap saya apa yang dia mahu dan saya akan mewahkan dia selagi saya mampu," tulis Cef Wan di laman Instagram miliknya.

Terdahulu, Chef Wan berkahwin dengan Norhayate Ayub pada usia muda, namun kemudian bercerai. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak, Serina dan Muhammad Nazri atau Chef Riz. Norhayate menghembuskan nafas terakhir di Hospital Ampang pada 18 Mac 2020 akibat kompilikasi buah pinggang dan jantung.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Chef Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: