28 May 2020

DEDAH SUDAH BERTUNANG MAC LALU - PERNIKAHAN RAJA AFIQ & SOFFWANY TERPAKSA DITUNDA


Pelakon Raja Afiq nampaknya sudah pun mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya yang merupakan seorang anggota polis iaitu Soffwany Yusoff secara senyap-senyap dan difahamkan, pasangan ini merancang melangsungkan pernikahan tahun ini.





Perkara tersebut didedahkan oleh Soffwany atau nama sebenarnya Fairuzziha Hazwany Mohamad Yusoff, 31, yang mengatakan majlis pertunangan mereka diadakan secara tertutup di Johor pada Mac lalu dan pada ketika itu mereka belum bersedia berkongsi kepada umum.

Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu membuat keputusan untuk melangkah ke fasa yang lebih serius selepas tiga bulan berkenalan: "Afiq yang mula DM (mesej peribadi) di Instagram. Waktu awal itu kami berborak banyak pasal kerja-kerja polis sebab dia minat nak tahu.

"Dari situ kami bertukar nombor telefon dan membuat keputusan untuk bertunang pada pertengahan Mac lalu. Cuma, tarikhnya kami ingin rahsiakan. Majlis pertunangan itu berlangsung di rumah keluarga saya di Johor Bahru.

Klik untuk gambar besar


"Saya sudah mengenali Raja Afiq sejak awal tahun ini, tapi tak pernah dedahkan status hubungan kami berdua. Kami pun sudah melangsungkan pertunangan beberapa bulan lepas tapi memilih untuk tidak menghebohkan berita ini kerana masing-masing belum bersedia untuk berkongsi. Hanya ahli keluarga yang tahu mengenai status kami," katanya

Bercerita lanjut mengenai hubungan mereka, Soffwany yang bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata mereka hanya berkenalan dalam masa beberapa bulan sebelum memutuskan untuk ke fasa yang lebih serius.

"Kami mula berkenalan selepas kerap berbalas mesej di Instagram. Mula-mula saya memang tak layan Raja Afiq tapi dia tak putus asa mesej saya. Daripada situ, kami bertukar nombor telefon dan mula rapat," katanya yang juga seorang penyanyi.



Mengulas persiapan pernikahan, Soffwany berkata mereka sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September tahun ini tetapi terpaksa ditangguhkan: "Sepatutnya, kami melangsungkan pernikahan pada Ogos atau September ini tapi disebabkan PKP, majlis kami ditangguhkan pada satu tarikh yang belum ditentukan lagi.

"Kami tak sangkalah pula akan ada PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) akibat Covid-19. Kami pula memang tak buat persiapan awal-awal. Saya dah pernah jalani kursus kahwin, cuma, Afiq sahaja yang belum. Tengoklah macam mana nanti, sebab saya pun kena jalani prosedur permohonan lain memandangkan saya anggota polis.

"Cuma harapnya ia dapat dilangsungkan sebelum tahun hadapan. Lagipun, masih banyak perkara yang masih belum lengkap," jelas Soffwany yang pernah menjadi bualan netizen pada tahun 2016 kerana kelunakan suaranya menyanyikan lagu raya berjudul 'Pulang' yang rata-rata kagum dengan bakat nyanyiannya dan dia kini merupakan artis di bawah naungan SRC Records.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Astro Gempak, Instagram Raja Afiq & Soffwany Yusoff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: