29 May 2020

"BELANJA ATAS ISTERI & KELUARGA SEDEKAH PALING BESAR NILAINYA" - USTAZ EBIT LEW HADIAHKAN ISTERI KERETA MEWAH?


Menerusi satu entri di laman Instagram, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew memuatnaik video pendek dan ia telah mendapat perhatian ramai. Entri terkininya itu merakamkan dirinya yang sedang berada di dalam sebuah kereta mewah, jenama Audi berwarna putih.





Namun, Ebit tidak pula memberikan perincian mengenai tujuan ia dimuatnaik atau siapakah tuan empunya kereta berkenaan. Bagaimanapun, kapsyen panjang yang dikarang Ebit buat isteri serta keluarga seolah-olah menggambarkan kereta berkenaan adalah sebagai hadiah buat permaisuri hatinya. Malah, perkara sama turut menjadi persoalan di kalangan wargamaya di ruangan komen.

"Syukur pada Allah pemberi rezeki. Terima kaseh Allah. Doa terbaik Alhamdulillah. Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri itu juga kita kongsi dengan isteri. Ada orang boleh beli kasut mahal. Beli rim kereta. Beli radio aksesori kereta atau motor. Belanja ikut kemampuan tanpa menyusahkan diri.

Klik untuk gambar besar


"Tapi dengan isteri dan keluarga susah nak belanja. Masam muka. Belanjalah kerana Allah buat keluarga. Dengan belanja isteri dan keluarga Allah beri kita kaya dan rezeki melimpah ruah. Dan paling utama Allah maafkan dosa kita sebab pemberian kita," tulis Ebit.

Dia pada masa sama turut mendedahkan mengenai rutin yang dilakukan khas buat isteri: "Sebelum pergi kerja saya selalu duit tinggal atas meja. Beri kad bank pada isteri. Ambil insuran buat isteri kerana Allah. Sebab tahu belanja anak dan isi rumah banyak. Barang dapur jer dah berapa. Susu pampers anak.



"Allahuakbar.. Dari dulu lagi. Tak pernah tanya duit tu untuk apa. Senyuman dan pengorbanannya tak terbayar. Janganlah kedekut pada isteri dan keluarga. Isteri ibu pada anak kita. Sedih baca ramai juga masa takde duit takperlah. Isteri pun tak susahkan suami. Tapi dah senang mulalah guna untuk macam-macam tapi lupa belanja isteri.

"Beri nafkah buat isteri ini wajib mengikut kemampuan. Senangnya apa kita suka untuk diri kita. Kita nak isteri dapat dan rasa perkara yang sama. Allah pasti berkati dengan sedekah. Sedekah paling besar nilainya ialah buat isteri dan anak-anak. Buat mak ayah. Dan juga adik beradik," jelasnya lagi.

Sementara itu, selain ramai yang membuat telahan pelbagai, wargamaya turut bercakap mengenai model kereta yang dikongsikan. Terdahulu, umum sebelum ini sedia maklum figura yang sinonim dengan kerja amal itu turut mempunyai beberapa sumber pendapatan sebagai punca rezeki.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ustaz Ebit Lew


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: