31 May 2020
DEKLARASI SOP PENGGAMBARAN - FDAM MOHON PERCEPATKAN
"FDAM berterusan menerima desakan dan aduan dari ahli serta penggiat seni setiap hari bagi mendapatkan kebenaran dan pelepasan yang lebih jelas. Seluruh penggiat seni sekarang ini berada didalam dilema kerana ingin meneruskan penggambaran demi kelangsungan hidup.
"FDAM mengharapkan mereka yang baharu dilantik sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli Lembaga Persatuan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), menjadikan isu ini sebagai keutamaan memandangkan kami sudah lama menunggu dan masih belum selesai," kata Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) yang memohon Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) agar mempercepatkan Deklarasi Prosedur Operasi Standard (SOP) secepat mungkin seperti yang dijanjikan oleh Majlis Keselamatan (MKN).
Presidennya, Ahmad Ibrahim atau Mat London dalam satu kenyataan berkata, ia berikutan kemelut dan keresahan warga industri filem dan kandungan televisyen negara yang masih belum mendapat jalan penyelesaian walaupun pelbagai usaha, janji dan kenyataan daripada pelbagai pihak sudah dikeluarkan.
Dalam masa sama, FDAM mengucapkan tahniah diatas pelantikan serta selamat bertugas kepada yang terpilih: "Semoga perkara ini mendapat perhatian dan mencapai titik noktahnya demi memberi kelegaan kepada penggiat filem dan televisyen yang sudah lama menanti.
"Ia terutama sekali buat lebih 50 produksi yang sudah lama berhenti dan terpaksa berhenti ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh MKN. Ia juga turut membabitkan hampir 60 produksi baharu yang sudah bersedia untuk memulakan proses penerbitan serta kerja-kerja penggambaran," katanya.
www.myartis.com / Sumber: Harian Metro
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment