31 May 2020

ZULIN PERNAH DIEJEK MUKA 'MAKCIK' DIUSIA 20-AN: "PEDULIKAN ORANG KATA... SAYANG DIRI KITA DULU"


Penampilan terbaru pelakon dan pengacara, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 31, yang semakin langsing itu telah membuatkan ramai terkejut. Bertahun berusaha, gagal dan akhirnya berjaya bangkit kembali, Zulin berkata ianya tidak mustahil jika kita buang sikap malas dalam diri.





Berkongsikan pengalamannya serta memberi motivasi kepada mereka diluar sana menerusi beberapa ciapan di Twitter, Zulin yang juga bekas penyampai radio Suria FM itu berkata apa yang paling penting adalah kena mencintai diri sendiri, berazam untuk berubah serta jangan mempedulikan apa yang orang kata tentang diri kita.

Zulin berkata dia pernah diketawakan orang dan kecewa namun dia tetap terus berusaha tanpa rasa jemu. Malah, dia pernah diejek berwajah 'makcik' biarpun baru berusia 20-an ketika itu. Sayang akan dirinya, Zulin memberitahu pelbagai usaha telah dilakukan agar dia kelihatan lebih bagus pada masa kini kerana dia tahu sakitnya ketika berada di zaman silam apabila diejek dan diketawakan dek kerana bentuk fizikalnya.

Klik untuk gambar besar


"Saya tahu sakitnya berada di masa silam. Ini azam saya tahun 2020, Alhamdulillah berjaya. Bertahun saya usaha, gagal, bangun, gagal dan bangun balik. Jangan bersedih. Hitam pun boleh putih, gemuk boleh kurus dan jerawat boleh hilang. Sebelum itu kita sendiri kena mencintai diri sendiri.

"Kalau kita selesa tak apa, kalau kita okay dan tidak pedulikan orang nak kata apa pada kita. Paling penting kita sayang diri kita dulu. Kita bukan tak boleh, tapi kita malas. Saya diketawakan orang. Saya 'down' tapi apa saya buat, saya usaha. Saya tak pernah jemu berusaha.



"Umur saya baru 20-an ketika itu. Saya berkawan dengan sesiapa semua orang ejek kata muka saya 'makcik'. Apa saya buat, saya telan. Tak apa, saya bahagia saja. Sebab saya sayangkan diri saya, saya manjakan diri. Saya usaha macam-macam. Sekarang saya cuma kena kuat untuk terus berdiri," katanya.

Zulin yang juga penyanyi lagu 'Jadikan Aku Yang Halal' itu berkata, dia melakukan senaman 20 peratus dan selebihnya menjaga pemakanan untuk mendapatkan berat diingini. Dalam pada itu, Zulin berkongsikan berat badannya kini sudah mencecah 58 kilogram dan berazam mahu turunkan lagi sehingga mencapai 50 kilogram.

"Kalau kira sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berat saya 70 kilogam dan sekarang sudah 58 kilogram. Saya nak turun lagi menjadi 50 kilogram. Sebab dalam TV masih nampak besar sedikit. Tengok depan memang kurus dan orang cakap tak perlu turunkan berat lagi. Cuma disebabkan kerjaya saya banyak di hadapan, jadi saya perlu usaha lagi. Apa saya buat adalah bersenam 20 peratus dan selebihnya menjaga pemakanan," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Twitter / Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: