01 May 2020

DEMI KELANGSUNGAN HIDUP KETIKA PKP - MUSTAQIM BAHADON BERNIAGA SAMBAL


Demi meneruskan kelangsungan hidup, pelakon Mustaqim Bahadon, 35, tawakal mengusahakan perniagaan sambal, sekalipun perasaan bercampur baur dengan apa sahaja kemungkinan yang berlaku dalam situasi semasa wabak COVID-19.





Sambal diberi nama Nasi Lemak Tepi Jalan (NLTJ) diusahakan bersama rakan kongsi, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid. Pelakon 'Pujaan Hati Kanda' itu perlu keluar rumah setiap hari bagi memastikan perjalanan perniagaannya berjalan lancar sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dikuat kuasa.

"Ada hikmah tersembunyi ketika golongan seni terputus rezeki. Ada yang diberi peluang menjana pendapatan lain untuk meneruskan hidup. Menerusi perniagaan ini, saya dapat membuka peluang kepada masyarakat menjadi ejen jualan.

"Bagaimanapun, saya tetap utamakan perlindungan diri dalam rancak berniaga. Saya akui, keluar rumah dengan perasaan kecut perut, setiap hari. Kita tahu virus COVID-19 sangat bahaya dan tidak boleh dijangka, bimbang juga mendapat jangkitan.

"Saya bertemu dengan ramai pelanggan, tak tahu tahap kesihatan mereka, jadi penjarakan sosial kena jaga. Topeng muka sentiasa kena pakai. Saya sentiasa basuh tangan guna cecair pembasmi kuman dan elak bersalaman," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia tak akan lepas tangan pada saat jualan pek sambal yang memudahkan pelanggan memasak semakin mendapat perhatian: "Saya gementar jika tak uruskan perniagaan. Tempahan masuk banyak, jadi saya perlu memikul tanggungjawab. Lebih lagi, saya pengasas produk ini.

"Lagi pun, saya masih muda, tak kisah buat kerja daripada awal hingga akhir, walaupun ada kakitangan yang menguruskan jualan dan data pelanggan. Jika memandu lori, ibaratnya tugas pemandu pun saya akan pikul. Saya juga akan balas mesej pelanggan dan urus akaun Instagram (IG) perniagaan.

"Beli barang masak sambal pun saya buat dan seterusnya, dihantar ke kilang. Saya kena pantau, sambal yang dimasak cukup piawaian atau tidak. Kupas bawang pun saya akan selia, berapa tekanan api yang diguna untuk memasak hingga ke hal pembungkusan. Proses akhir penghantaran kena jaga," tuturnya.

Katanya, ramuan sambal yang dikomersialkan itu daripada resipi arwah ibu rakannya: "Rakan saya itu juga turut menguruskan soal kilang dan pengeluaran," katanya yang bertuah kerana teman artis membantu mempromosikan perniagaannya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Mustaqim Bahadon


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: