01 May 2020

AZURA AKAN CECAH 7 BULAN - ISTERI JAMAL ABDILLAH HAMIL LAGI, 10 MINGGU


Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah kerana bakal menimang cahaya mata lagi apabila isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin kini hamil anak kedua mereka. Jamal, 61, berkata, dia membawa isterinya menjalani pemeriksaan selepas mengalami alahan serta tidak datang bulan.





"Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Adui. Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina," kata Jamal yang berkahwin dengan Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan anak perempuan, Nur Azura Yamani pada 10 Oktober lalu.

Azura yang akan mencecah usia tujuh bulan dilahirkan menerusi pembedahan. Jamal ketika itu meluahkan kesyukurannya dikurniakan anak pertama, selepas dua tahun menanti. Dua anak lelakinya daripada dua perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13, turut gembira dengan kelahiran Azura.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro, Instagram Osama Yamani & Datin Zai Izzati


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: