21 May 2020

DIKUARANTIN SETIBA DI SABAH - HASRAT ATU HANTAR PPE & BANTUAN AIDILFITRI TAK KESAMPAIAN


Pelakon dan pelawak Atu Zero yang selesai menjalani tempoh kuarantin di Kuala Lumpur pada 17 Mei lalu itu telah selamat tiba di Sabah semalam (Rabu). Atu pulang ke Sabah bersama isteri untuk menghantar Peralatan Perlindungan Diri (PPE) di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Kudat serta bantuan Aidilfitri kepada penduduk sekitar.





Bagaimanapun hasrat tersebut tidak kesampaian apabila mereka diarahkan untuk menjalani kuarantin selama empat hari lagi di Sabah: "Tidak sangka pula saya kena sambung kuarantin lagi di sini. Terbantut hasrat nak turun padang hantar PPE dan bantuan Aidilfitri.

"Mujur di sini ada kawan-kawan yang boleh meneruskan misi bantuan dirancang dan hari ini PPE akan diedarkan kepada kakitangan kesihatan hospital. Sementara bantuan Aidilfitri akan diuruskan oleh abang-abang saya Shaiful dan Sharif. Ralat juga tetapi tidak mengapalah, untuk kebaikan bersama juga," katanya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Atu berharap semua pihak mendoakan kesihatan dirinya dan isteri agar tidak dijangkiti wabak COVID-19: "Doakan kami sihat ya semua. Kuarantin kami di sini tamat pada hari raya pertama…Jadi selepas itu baru boleh pulang ke Kuala Lumpur. Di sana nanti kami akan disaring sekali lagi dan menjalani kuarantin selama dua minggu.

"Saya tidak kisah disaring dan menjalani kuarantin beberapa kali, asalkan sihat. Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan kerajaan Malaysia kerana menjalankan prosedur yang betul-betul ketat untuk mengekang COVID-19. Kepada semua, saya harap patuhilah arahan kerajaan dan jangan ke mana-mana kalau tidak perlu kerana kita masih belum menang," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Atu Zero & Shafeeqa Johari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: