21 May 2020

RISTEENA BIDAS NETIZEN: "ITU MOMEN HIDUP SAYA, TIDAK KENA MENGENA DENGAN SESIAPA"


Sebelum ini, pelakon Risteena, 31, telah berkongsi kisah dimana tunangnya, pelakon Isa Khan, 27, seorang yang cepat panik dan menyangka Risteena diculik atau diragut apabila tidak menjawab panggilan dan membalas mesej di aplikasi WhatsApp kira-kira setengah jam. Dek kerana kerisauan tersebut ia telah membuatkan Isa segera datang ke rumah tunang kesayangannya itu bagi melihat keadaannya.





Bagaimanapun, kisah yang dikongsi Risteena atau nama penuhnya Nur Risteena Munim di Instagramnya itu mendapat kecaman warganet yang tidak berpuas hati, malah ada yang nak termuntah mendengarnya. Bengang dengan komen tersebut, pelakon yang mencipta populariti menerusi drama, 'Playboy Itu Suami Aku' itu menegaskan yang dia berhak untuk berkongsi apa saja selagi tidak memburukkan orang lain.

"Saya kongsi dekat media sosial saya tak kacau orang lain pun. Memang platform itu untuk dikongsi pasal kehidupan, kerjaya, keluarga dan tunang saya. Yang saya tak faham orang yang tak mengikuti yang sakit hati dengan posting saya. Bagi saya, selagi tak kongsi perkara yang menggangu, burukkan orang lain, kacau laki orang ke takpa. Kalau buat memang patut dikecam.

Klik untuk gambar besar


"Tapi saya buat hal sendiri pun orang kecam, tak faham la. Saya takda pun kongsi kat tempat lain selain media sosial sendiri. Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi. Malah bebas untuk muatnaik apa saja kat halaman sendiri.

"Kenapa saya ada benda tertentu sahaja boleh dikongsikan. Itu sekadar perkongsian untuk saya ingati momen tu dalam hidup saya, tidak ada langsung kena mengena dengan sesiapa pun. Manusia tidak sempurna tapi saya tak sangka ada manusia yang sehingga tahap mendoakan dan bercakap perkara yang tidak baik.



"Padahal saya tak pernah kenal mereka, tak kacau dan tak pernah burukkan pun. Jadi dari situ saya mengenali pelbagai jenis manusia yang ada zaman sekarang. Yang mungkin saya tak tahu dan tak pernah nampak. Isa memang seorang yang ambik berat pasal saya. Malah seluruh keluarga dia dan keluarga saya. Begitu juga dengan saya. Sama jugak.

"Saya balik lewat malam haritu, dan dia risau sekiranya ada apa-apa terjadi memandangkan kereta tak banyak atas jalan. Dia risau saya mengantuk ke apa. Bagi saya risau macam tu normal. Siapa pun akan timbul perasaan macam tu kalau melibatkan orang yang kita sayang atau keluarga kita. Kalau orang tak risau tu yang tak normal," kata kakak kepada pelakon Ruhainies itu.

Memang beruntunglah Risteena mempunyai Isa yang sangat ambil berat pasal dia. Apa-apa pun, semoga hubungan pasangan sejoli ini sampai ke jinjang pelamin agar tiada lagi isu kecam mengecam mengenai hubungan mereka ini. Betul tak?






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nur Sajat


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: