21 May 2020

AKUI TERPAKSA BALIK SARAWAK ATAS URUSAN KELUARGA - REM KENA KUARANTIN


Dek kerana atas urusan keluarga, penyanyi yang popular era 90-an, Rem atau nama sebenarnya Ramzani Kassim, 45, akui terpaksa pulang ke kampung halamannya di Kuching, Sarawak selepas membuat permohonan di balai polis kerana dia mahu merentas negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).





"Terpaksa balik ke Kuching ketika musim PKPB atas urusan keluarga. Saya ke balai polis untuk membuat permohonan. Alhamdulilah permohonan untuk pulang sudah diluluskan, doakan semuanya berjalan lancar," katanya.

Rem yang popular dengan lagu 'Semu Orang Tahu' itu berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya. Pun begitu, menerusi entri terbaharu, Rem yang sudah selamat tiba dia Kuching diminta untuk kuarantinkan dirinya di sebuah hotel selama 14 hari. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar


"Tujuan saya pulang adalah untuk menziarahi ibu saya yang tidak sihat. Tapi saya terpaksa kuarantinkan diri saya selama 14 hari di hotel pula dan mungkin saya akan menyambut Raya di hotel sahaja. Tapi tujuan asal saya bukan hendak beraya.

"Saya hendak menziarahi ibu saya tetapi agak lama pula mengambil masa untuk berjumpa dengannya kerana perlu kuarantin. Tak mengapa, ia salah satu prosedur dan saya pun sudah menjalani pemeriksaan COVID-19, harap keputusan yang keluar nanti negatif," katanya lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rem


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: