21 May 2020

PENGAMBARAN DIBENARKAN TAPI IKUT SOP - NABILA HUDA KURANG SETUJU, TIADA JAMINAN


Semua sedia maklum mengenai kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini yang membenarkan aktiviti penggambaran kembali beroperasi selepas Aidilfiri iaitu pada penghujung Jun. Namun begitu, pengambaran tersebut haruslah dalam suasana normal baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.





Bagaimanapun, pelakon Nabila Huda tidak bersetuju dengan keputusan membenarkan penggambaran drama atau filem dijalankan dalam situasi krisis wabak Covid-19 yang sedang melanda. Nabila berpendapat adalah tidak logik penggambaran dijalankan dalam SOP.

Meskipun rindu ingin kembali berlakon namun Nabila, 36, berkata banyak persoalan yang bermain di fikirannya dan antaranya berhubung dengan tindakan yang akan diambil pihak produksi jika kru atau pelakon dijangkiti Covid-19 ketika penggambaran.

"Macam mana kalau kita shoot, tapi kita terkena jangkitan didapati positif, produksi boleh tak cover kos perubatan 100 peratus? Boleh tak, produksi jamin 100 peratus kita tak akan dijangkiti ketika bekerja? Macam mana kalau kita dijangkiti ketika penggambaran dan kemudian kita tak tahu, sekali terkena pada seluruh keluarga di rumah, produksi boleh tanggung kos perubatan untuk seluruh keluarga?

Klik untuk gambar besar


"Persoalannya, macam mana kalau kita dijangkiti ketika penggambaran? Adakah pasti anda akan ambil risiko? Soal nyawa, semua ada keluarga. Kalau keluarga dijangkiti itu adalah perkara paling menakutkan.

"Bayangkan ibu bapa kita atau anak dijangkiti disebabkan kita, adakah anda rasa menyesal? Terlalu banyak persoalan bermain dalam fikiran bila saya terbaca fasal kenyataan nak mula penggambaran," katanya di Twitter.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan kebenaran meneruskan aktiviti seni telah diluluskan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bagaimanapun, penggiat seni haruslah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)yang digariskan dan tidak akan mengabaikan saranan kerajaan itu.



Dalam pada itu, Nabila tetap berasa bimbang dengan penjarakkan sosial jika ada babak yang melibatkan orang ramai walaupun penggambaran boleh dilakukan mengikut SOP: "Kalau la kita dibenarkan untuk kembali penggambaran kena mengikut SOP, macam mana nak berlakon dengan cara new normal? Tak logik. Bukan tak setuju, faham semua dah kalut tak bekerja. Saya pun dalam keadaan yang sama. Saya rindu nak masuk set.

"Sebagai contoh, penggambaran di lokasi luar untuk babak melibatkan orang ramai, babak gaduh, macam mana nak buat tapi penjarakkan sosial? Semua kru pakai mask ketika penggambaran, macam mana dengan kami pelakon? Masa tengah berlakon, kena buka mask lepas itu pakai balik bila pengarah cakap cut?" ujarnya.

Sementara itu, Nabila meluahkan rasa gembira melihat rakan-rakan di belakang tabir yang berniaga secara talian demi menampung kehidupan harian mereka tanpa meminta simpati daripada mana-mana pihak: "Saya gembira tengok rakan-rakan belakang tabir saya, penolong pengarah, jurusolek artis, wardrobe, beberapa pengarah yang dah moving on dengan isu tak bekerja ini dengan berniaga online untuk survive.



"Saya rasa terharu sekurang-kurangnya mereka berusaha nak cari duit untuk hidup dan mereka berjaya. Mereka tak meraih simpati asyik mengeluh tak ada duit, tak ada kerja, tak masak sebab tak ada barang dapur. Mereka usaha dan kawan-kawan belakang tabir tak perlu risau nak menjual kuih ke kek sebab mereka ada ramai rakan-rakan artis yang baik dengan mereka boleh tolong promosikan apa saja dan ia berjaya.

"Kita tolong satu sama lain. Cukup la keperluan harian. Kalau betul susah, tak pakai kereta, tak ada Iphone, tak duduk kondominium atau rumah teras, itu baru susah. Ujian sikit saja ini, bersabarlah sikit saja lagi, Insya-Allah kena kuat," katanya.

Nabila turut memberitahu dia tidak mempunyai niat untuk mencetuskan kontroversi atau nak membantah mana-mana pihak namun ingin meluahkan pandangan secara jujur dari hatinya: "Semua orang tengah susah, semua tengah zaman kejatuhan tetapi tak boleh la nak mengeluh saja. Semua benda tak puas hati. Berhenti pentingkan diri, semua orang tengah sesak tapi kita masih hidup.

"Saya bukan nak cari fasal atau cari kontroversi, tak ada masa. Cuma nak luahkan pandangan apa saya rasa jujur dari hati. Bukan nak melawan sesiapa. Saya tak suka bila kita asyik mengeluh susah dalam keadaan memang kita tak boleh buat apa-apa seolah-olah kita tak reda dengan ujian ini," kata Nabila.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nabila Huda


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: