21 May 2020

"DULU SAYA KAT WAD RAMAI BAGI... BILA BEBAS COVID SAYA PULAK BANTU" - ASHRAF MUSLIM


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Ashraf Muslim telah memberitahu yang dia telah melawat Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) bagi untuk memberi sumbangan kepada pesakit serta frontliners yang bertungkus-lumus dalam usaha menangani wabak Covid-19.





Di samping itu, Ashraf turut menitipkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang telah banyak memberi bantuan kepada dirinya untuk sembuh daripada wabak tersebut. Turut bersama dalam sesi lawatan berkenaan ialah rakan penyanyi dan pelakon Izzue Islam.

"Alhamdulillah.. bersama Pok Jue kita pergi melawat Pusat Kawalan Kusta Negara dgn memberikan sedikit sumbangan kepada pihak PKKN utk pesakit dan frontliners yg bertugas. Terima kasih Dr Azlin yg memudahkn cara kami disana," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini sempat menyatakan rasa rindu dengan kenangan ketika menjalani rawatan di pusat rawatan berkenaan: "InsyaAllah... ada rezeki lagi kami akan datang lagi. Dulu saya kat wad ramai jer yang bg sumbangan dan sekarang bila saya dah bebas dr covid turn saya pulak untuk bantu.

"InsyaAllah kenangan di #Wad31 takkn dilupakan.. Terima kasih @izzueislam for the time.. teruskan jue usaha-usaha mcm ni... @izzueislam @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga," tulis Ashraf yang sebelum ini disahkan positif wabak Covid-19 pada penghujung bulan Mac dan telah kembali sembuh pada 7 Mei lalu.










www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ashraf Muslim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: