21 May 2020

ZARINA DEDAH KISAH HIDUP BERMADU: "BIMBING KE JALAN BENAR, DIIZINKAN BERKONGSI KASIH..."


Pelakon Zarina Zainuddin baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi keindahan hidup bersama madunya iaitu Datin Seri Noorhasimah dan menyifatkan beliau sebagai insan yang sangat disanjungi.





Menurut Zarina, isteri pertama suaminya itu banyak mengajar dan membimbingnya ke jalan yang benar malah menyifatkan wanita berkenaan sebagai seorang yang setia di sisi saat beliau kehilangan datuk dan neneknya.

Berita itu dikongsi Zarina di laman Instagram miliknya. Zarina juga turut meluahkan kasih dan sayang yang diberikan kepada suami adalah sama rata dengan sayangnya kepada wanita terbabit. Tambahnya lagi, Noorhasimah juga banyak membantunya dalam bidang perniagaan.

"Insan yang amat saya sanjungi. Yang mengajar saya tentang kehidupan yang selalu menegur salah saya yang membimbing saya ke jalan yang benar. Lama saya berkongsi hidup dengannya suka duka dia tetap ada disisi sampailah saat kematiaan nenek atok saya.

Klik untuk gambar besar


"Dia tetap ada tenteramkan keadaan bacakan Yassin ikut saya balik kampung saya yang termanggu dia ada tak banyak bicara dia buat apa yang patut saya serba kekurangan dia tutup kekurangan saya. Diizinkan saya berkongsi kasih dengannya.

"Saya yg tak pandai di ajar saya berniaga saya di beri carum epf saya ada diberi gaji bulan bulan sampailah sekarang saya ada epf ini semua berkat saya bekerja dengannya dulu. Dan sekarang syarikat tu tetap kami teruskan walaupun tak gah di mata orang tapi bagi saya itulah asal saya melabuhkan diri belajar tentang kehidupan..

"Saya tak pandai pun tapi saya cekal sebab saya yakin Allah sayang orang yg sabar yang rajin berusaha yang tidak putus asa.. Macamana banyaknya saya sayang suami saya begitu juga banyaknya saya saya padanya.. saya banyak buat salah dalam hidup tapi Allah sayangkan saya diberi saya peluang perbaiki hidup saya.



"Semoga Ramadhan kali ini dapat menginsafkan kita sesungguhnya takdir Allah itu indah sabar redho syukur nikmat Allah.. hargai yang ada didepan mata bila dah tiada hanya kenagan menggamit rasa 🌸❤️," tulis Zarina.

Dalam pada itu, beliau juga akui yang dirinya tidak begitu pandai namun tetap cekal dan tidak berputus asa dalam menjalani kehidupan sebagai pasangan bermadu. Zarina bagaimanapun dilihat seakan menyeru orang ramai untuk menghargai segala yang ada di depan mata. Hal ini kerana, andai perkara itu pergi ia hanya tinggal kenangan yang menggamit rasa.

Untuk rekod, Zarina telah melangsungkan perkahwinan ini dengan suaminya Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Juali 1993. Menerus perkahwinan itu, beliau dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Naim Azrai dan Muhammad Adam Azrai serta pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: