22 May 2020

ISU TAK BALAS MESEJ 30 MINIT - RISTEENA BENGANG DIKECAM BERATUS RIBU NETIZEN



"Saya kongsi dekat media sosial saya tak kacau orang lain pun. Memang platform itu untuk dikongsi pasal kehidupan, kerjaya, keluarga dan tunang saya.

"Yang saya tak faham orang yang tak mengikuti yang sakit hati dengan posting saya. Bagi saya, selagi tak kongsi perkara yang menggangu, burukkan orang lain, kacau laki orang ke takpa. Kalau buat memang patut dikecam.

"Tapi saya buat hal sendiri pun orang kecam, tak faham la. Saya takda pun kongsi kat tempat lain selain media sosial sendiri. Semua orang ada hak masing-masing apa yang dia nak kongsi," demikian ujar Risteena dipetik sebagai berkata mengenai cerita tidak balas mesej di aplikasi WhatsApp atau tidak menjawab panggilan dalam masa 30 minit membuat tunangnya Isa Khan gelisah, bimbang dan panik.



Untuk info, di FB myartis sendiri ( https://www.facebook.com/myartisdotcom/posts/10157044856606176 ), hampir 6 juta membaca kisah tersebut di mana 17 ribu memberikan komen, 17 ribu share dan hampir 7 ribu emoji.

Risteena seterusnya menyelar netizen yang tidak berpuas hati dan bertindak mengecam perkongsiannya itu. Ujarnya, dia berhak berkongsikan apa sahaja di media sosialnya selagi tidak memburukkan orang lain.

Malah dia juga tidak menyangka ada netizen sanggup mendoakan yang tidak baik sedangkan dia tidak mengenali netizen berkenaan apatah lagi memburukkan mereka.



"Manusia tidak sempurna tapi saya tak sangka ada manusia yang sehingga tahap mendoakan dan bercakap perkara yang tidak baik.

"Padahal saya tak pernah kenal mereka, tak kacau dan tak pernah burukkan pun. Jadi dari situ saya mengenali pelbagai jenis manusia yang ada zaman sekarang. Yang mungkin saya tak tahu dan tak pernah nampak," tambahnya yang mengakui tunangnya seorang yang mengambil berat bukan sahaja dirinya malah seluruh ahli keluarga.

"Kepada Haters, sekiranya ada benda yang buatkan korang terasa hati, dengan rendah diri saya mohon maaf. Selamat Hari raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin," tulis Risteena di IGnya yang kini mencecah 1.1 juta followers gara-gara isu tersebut.





















         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: