21 May 2020

DAKWAAN PERNAH CEDERAKAN BEKAS ISTERI - ABANG ISA KHAN TAMPIL NAFI


Jika Isa Khan, 27, ber 'sweet-sweet' dengan tunangnya, Risteena Munim, tapi lain pula dengan abang Isa, pelakon Aliff Alli Khan, 28, yang didakwa oleh bekas isterinya, Aska Ongi bahawa dia pernah mencederakannya ketika hamil empat bulan. Namun begitu, dakwaan tersebut telah dinafikan oleh Aliff dengan mengatakan berita yang dinyatakan itu tidak benar dan enggan mengulas lebih lanjut.





"Mohon maaf saya tidak bisa berkomentar banyak, yang pasti apa yang telah diberitakan itu tidak benar," demikianlah kata adik kepada Isa Khan dan Miller Khan iaitu pelakon Aliff Alli Khan yang tampil menafikan berhubung dakwaan bekas isterinya, Aska Ongi bahawa dia pernah mencederakannya ketika hamil empat bulan.

Kata Aliff berita yang dinyatakan itu tidak benar namun enggan mengulas lebih lanjut. Sebelum ini, Aliff didakwa mengasari bekas isterinya itu ketika hamil dan sering mabuk. Malah, Aliff didakwa tidak mempunyai permit kerja yang sah di Indonesia dan hanya menggunakan pas pelancong sepanjang berada di sana.

Klik untuk gambar besar


Untuk rekod Aliff dan Ongi mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2018 dalam sebuah majlis tertutup di Bali, Indonesia dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Alyssa Ismillah Khan. Sebelum itu Aliff pernah berkahwin dengan Nora Alexandra Phillip namun bercerai pada 2017.

Aliff merupakan abang kepada Isa Khan dan adik kepada Miller Khan dan Farali Khan. Aliff pernah membintangi filem 'Heart 2 Heart' dan beberapa sinetron antaranya 'Kau Berasal Dari Bintang', 'Rahasia Cinta' dan 'Catatan Hati Seorang Gadis'.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: