22 May 2020

INILAH WAJAH TERKINI KANAK-KANAK IKLAN BOTOL OREN


Awalnya ada yang meneka bawa kanak-kanak yang menghiasi botol oren itu adalah Liyana Jasmay, namun sebenarnya ramai yang salah apabila ia sebenarnya adalah Madihah Mohd Firdaus yang kini sudah berusia 22 tahun.

Untuk info, Dihah merupakan seorang pelajar dalam bidang jurusan Kejuruteraan Mekatronik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Ampang.





"Saya tidak menyangka rezeki membawa anak saya ini ke satu sesi ujibakat semasa Dihah berusia 3 tahun menjadikan dia penghias botol kordial yang cukup sinonim dengan Malaysia," demikian kata ibunya, Fatimah Abdullah satu ketika dulu.

Seperti gadis seusianya, Dihah juga gemar bermekap dan minatnya dalam dunia mekap adalah sejak dari kecil lagi. Beliau juga sering berkongsikan OOTD dilaman Instagramnya yang kini mempunyai lebih 40 ribu ribu pengikut.

Klik untuk gambar besar






         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: