22 May 2020
"MAK OKAY" - PESAN FAUZIAH NAWI AGAR ANAK-ANAK JANGAN BALIK BERAYA
"Tak payah balik, mak okay. Janganlah degil. Sudah berapa tahun kita selalu sambut raya bersama, kali ini saja tak. Nyawa tu lebih penting. Insha-Allah nanti kita dapat bersama," ujar Fauziah Nawi untuk anak-anak di luar sana sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini.
"Video pesanan khidmat masyarakat ini adalah kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman). Segala dialog dalam video itu ditulis sepenuhnya oleh saya.
"Ketika merakam video ini saya hampir nak menangis kerana sebagai ibu sudah tentu rasa sedih apabila anak-anak tidak dapat pulang ke kampung menyambut raya. Ibu biasanya akan selalu cakap dia okay walaupun perasaan itu sebaliknya.
"Namun janganlah kita berdegil kerana kerajaan sudah membuat pengumuman dan melarang tindakan merentas negeri sempena Aidilfitri ini," katanya.
"Sesetengah orang yang tetap berkeras nak balik kampung memang tak boleh nak buat apa. Lagi dilarang, lagi pandai mereka cari peluang untuk curi-curi balik.
"Namun cuba fikir apabila kita balik kampung, tiba-tiba mak kita jatuh sakit. Baru tahun ini saja kita tak dapat balik kampung beraya, jadi kenapa nak lawan.
"Saya harap tak perlu kita nak degil kerana kalau balik kampung pun tak semestinya tinggal bersama keluarga, ada keluarga yang menginap di hotel kerana keadaan rumah mak yang kecil dan pelbagai lagi alasan diberi," tambahnya dipetik sebagai berkata.
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment