22 May 2020

"JEBAT MASIH PERLU BUAT PEMERIKSAAN SELEPAS PEMBEDAHAN ITU" - SHARNAAZ


Pada 23 Mei tahun lepas, anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden Ahmad telah menjalani pembedahan selepas mengalami jangkitan saluran kencing (UTI). Sharnaaz menyatakan keadaan kesihatan anaknya itu pada tahun lepas memberi impak besar terhadap dirinya sebagai seorang ayah.





"Tahun lepas adalah wake up call untuk saya sedar betapa pentingnya Jebat dalam kehidupan saya. Tahun ini memang saya dah tak peduli apa di muka bumi ini. Apa saja yang saya ada, saya bagi kat Jebat," katanya.

Tambah pelakon filem 'Polis Evo 3' itu berkata Jebat masih perlu untuk melakukan pemeriksaan susulan walaupun sudah hampir setahun pembedahan berlalu: "Alhamdulillah dia sihat, itu yang penting. Kalau tengok badan dia makin berisi seronok gomol dia. Saya puas hati tengok perkembangan dia setiap hari.

"Jebat masih perlu buat pemeriksaan selepas pembedahan itu. Rasanya kalau tak salah bulan Julai dan Disember nanti ada. Buat masa sekarang, kita tak akan nampak apa-apa perbezaan. Bila umur empat atau lima tahun baru nampak," jelas Sharnaaz yang berkahwin dengan kakak selebriti terkenal Noor Neelofa itu pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: