13 May 2020

JOSIAH SELAMAT TIMANG ANAK KE-4: "ISTERI TAK DIBENAR BERSALIN DALAM BILIK BERSALIN..."


Pelakon dan model, Josiah Hogan menerusi laman Instagram miliknya telah memberitahu berita gembira dimana isterinya, NurulHidayu Mohamed Nordin telah selamat bersalin anak perempuan dengan berat 2.6 kilogram, kira-kira jam 1.37 pagi semalam di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang.





Bagi perempuan tersebut merupakan anak keempat bagi Josian, manakala ketiga buat NurulHidayu. Josian, 34, menzahirkan rasa syukur memandangkan kelahiran dipermudahkan. Dia bagaimana pun tidak menafikan wujud rasa sedikit bimbang apabila isterinya mengalami kesakitan yang lebih untuk proses kelahiran kali ini.

"Kelahiran kali ini sedikit berbeza disebabkan isteri tidak dibenarkan bersalin dalam bilik bersalin. Ini disebabkan untuk mengelakkan daripada risiko jangkitan Covid-19. Saya juga agak risau memandangkan isteri mengalami kesakitan yang lebih sedikit berbanding bersalin sebelum ini. Jadi, hari-hari saya pantau keadaan dia untuk melihat perkembangannya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Pelakon 'Degup Cinta' itu berkata, buat masa ini mereka belum memutuskan nama untuk bayi perempuan terbabit: "Isteri saya baru dibenarkan keluar dari hospital. Kami masih dalam perbincangan untuk memberi nama kepada ahli baru dalam keluarga kami ini," kata pelakon 'Mimpi Sabrina' ini lagi.

Terdahulu, berita gembira tersebut turut dikongsikan bintang berkenaan menerusi posting terkininya di Instagram. Josiah dan NurulHidayu mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ireleen Padilla Hogan, 6, dan Irsa Padilla Hogan, 4.

Ia perkahwinan kedua pelakon terbabit. Menerusi perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan anak lelaki iaitu Irvine Padilla Hogan yang kini berusia 14 tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Josiah Hogan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: