09 May 2020

"MACAM-MACAM DOKTOR KIKIS BUANG..." - SHAHORA BUANG KETUMBUHAN PADA RAHIM & OVARI


Pelakon Sharifah Shahora menerusi satu muatnaik di laman Instagram telah memaklumkan yang dia akhirnya menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di bahagian rahim dan ovari minggu lalu, selepas mengalami sakit perut berpanjangan sejak April lalu. Shahora atau nama sebenarnya Sharifah Shahora Syed Akil, 45, bagaimanapun berkata, dia kini sudah beransur pulih dan menjalani proses berpantang di rumahnya.





"Hari Rabu 10 hari lepas saya menjalani pembedahan kerana ada masalah sakit di bahagian rahim dan ovari. Kisahnya pada akhir April, tiba-tiba saya sakit perut yang berpanjangan sampai buat kerja pun tak larat.

"Then, saya ke klinik Medina untuk pemeriksaan dan pakar bedah sakit puan, Dr Mashita Mansor nasihat untuk saya buat pembedahan segera. Keputusan terus dibuat jadi pada Rabu 9.30 pagi saya dibedah selama 4 jam 30 min (mesti macam-macam dalam perut doktor nak kikis buang walaupun perut nampak leper)," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, Shahora turut mengingatkan kaum wanita supaya menjaga pemakanan dan jangan takut untuk mendapatkan rawatan berkaitan masalah itu. Tambahnya, dia juga pernah mencuba rawatan tradisional namun tidak berkesan.

"Jangan takut kena bedah kalau ada yang menghadapi ketumbuhan dalam perut. Kalau kita biarkan dia akan bagi kesan bukan di perut tapi di pinggang, urat dan seluruh badan. Saya pernah mencuba rawatan tradisional dan sakit agak berkurangan tapi disebabkan tidak pantang makan, ia semakin membesar dan akhirnya kita kena juga melalui pembedahan," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Sharifah Shahora


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: