08 May 2020

"MAHKAMAH 'DI SANA' (AKHIRAT) KELAK, JUGA SAYA AKAN TUNTUT" - USTAZ ABU SYAFIQ


Berhubung isu tuntutan ganti rugi berjumlah RM1 juta terhadap pengacara dan penceramah motivasi, Amin Idris, Ustaz Abu Syafiq ketika dihubungi berkata, dia tetap menuntut haknya termasuk di 'mahkamah akhirat'.





Konflik di antara mereka tercetus apabila Amin, 39, memuatnaik status di laman sosial baru-baru ini membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew yang dianggap menjatuhkan reputasi Abu Syafiq sehingga beliau mengambil tindakan ini.

Bagaimanapun Amin enggan meminta maaf dan tidak mahu membayar ganti rugi yang diminta. Sebaliknya dia turut menyediakan peguam untuk menentang Ustaz Abu Syafiq yang dianggap biadap serta tandus akhlak.

"Berbeza pandangan dalam kerangka hujah dan dalil itu boleh. Namun menfitnah saya atau orang Islam lain adalah dosa besar. Mahkamah 'di sana' (akhirat) kelak, juga saya akan tuntut. Jika tidak di mahkamah dunia, mahkamah akhirat masih ada. Saya akan mengadu ke hadrat Robbul 'Izzah Tuhan Yang Maha Bijaksana," katanya lagi.

Klik untuk gambar besar


Sementara itu, firma guaman NHA Advocates And Solicitors yang mewakili Ustaz Abu Syafiq, mengesahkan anak guamnya sudah memfailkan saman di mahkamah terhadap Amin dan seorang lagi individu kerana memuatnaik kenyataan-kenyataan yang memusnahkan jenama peribadi, imej dan reputasinya.

Saman ini difailkan di mahkamah Sesyen Shah Alam dan Kuantan. Rakan kongsi utama firma guaman ini, Nurul Hafidzah Hassan berkata, Amin dan individu terbabit menerbit dan menyiarkan kenyataan-kenyataan palsu dan fitnah mengenai Ustaz Abu Syafiq.

"Saman itu bertujuan melindungi reputasi Ustaz Abu Syafiq dan supaya kedua-dua defendan bertanggungjawab terhadap kenyataan-kenyatan mereka yang salah dan berbaur fitnah, dan juga untuk membuktikan kebenaran bahawa Ustaz Abu Syafiq tidak bersalah dan tidak melakukan seperti apa yang didakwa oleh Amin dan seorang lagi individu terbabit.



"Sebelum mengambil keputusan untuk menyaman, Ustaz Abu Syafiq sudah berusaha mahu menyelesaikan perkara ini secara baik tetapi Amin dan seorang lagi individu terbabit enggan meminta maaf kepadanya walaupun sudah membuat kenyataan-kenyataan fitnah di atas talian. Ustaz Abu Syafiq sudah cuba meminta supaya kenyataan-kenyataan fitnah dipadamkan dan permohonan maaf dilakukan namun mereka enggan berbuat demikian," jelasnya.

Menurutnya, melalui bukti-bukti yang sudah diteliti, mereka mendapati Ustaz Abu Syafiq tidak membuat kenyataan-kenyataan seperti yang digembar-gemburkan sesetengah pihak: "Kami juga sedang meneliti beberapa akaun lain yang membuat komen fitnah, "body shaming", menghina dan lain-lain jenis perlakuan yang melanggar undang-undang untuk di bawa ke muka pengadilan.

"Kami berharap masyarakat lebih celik, peka dan tahu membezakan kritikan dan pendapat berbanding fitnah. Raikan perbezaan pendapat. Salah yang bagaimanapun yang kita sangka tidak semestinya ia benar dan ia tidak memberikan lesen untuk memfitnah, memalukan dan melakukan serangan peribadi (personal attack)," katanya.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: