08 May 2020

TEGURAN PU SYED - KEKASIH ZARINA TERKILAN


Sebelum ini PU Syed Bakri atau nama penuhnya Syed Bakri Al-Yahya membuat teguran secara terbuka di satu muatnaik dilaman Instagram peribadinya kepada Zarina Anjoulie dan kekasihnya, Eilyas Azhar. PU Syed menegur pasangan kekasih ini yang kerap memuatnaik video dan gambar mesra mereka di laman sosial dan menjadi tatapan umum.





Dalam tegurannya itu, PU Syed menegur Zarina Anjoulie atau lebih mesra dikenali sebagai Anju dan kekasihnya, yang menurut beliau seperti berani melanggar batas yang dilarang dalam agama: "Takutlah kepada Allah atas apa yang kalian tunjukkan kepada peminat-peminat kalian," katanya.

PU Syed berharap tegurannya itu akan dapat sampai kepada pasangan kekasih tersebut. Dia turut menutup ruangan komen muat naik itu agar tidak ada campur tangan komen dari netizen. Namun, teguran itu tidak dapat di terima oleh kekasih Anju. Eilyas Azhar atau nama timangannya Yas yang meluahkan rasa tidak puas hati di Insta Story miliknya.

Klik untuk gambar besar


Yas mengakui kesilapan dia dan Anju malah memberitahu sebelum ini PU Syed pernah membuat teguran yang sama, dan Yas telah menghubungi PU Syed menerusi DM instagramnya untuk bertanyakan beberapa persoalan termasuk isu urusan perkahwinan mereka serta meminta maaf kepada beliau.

Akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sehingga ke hari ini, pasangan ini mengalami kesulitan untuk urusan perkahwinan mereka dan meminta jalan penyelesaian dari PU Syed. PU Syed meminta pasangan ini merujuk urusan berkenaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pasangan ini turut meminta pendapat daripada beberapa pendakwah seperti PU Azman dan PU Amin.

PU Syed kemudiannya memadamkan muatnaik tegurannya itu. Yas merasa kecewa apabila PU Syed sekali lagi memuat naik teguran di media sosial terhadap mereka. Dia berpendapat sekiranya pendakwah itu ingin menegur perbuatan mereka, dia sepatutnya boleh menghubungi mereka secara peribadi dan bukan melakukannya secara terbuka. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik kerana kita kini berada di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.










www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: