09 May 2020

TANAM RAMBUT CETUS PERTANYAAN - ZOEY AKUI KLINIK ITU IKUT 'SOP' DIARAHKAN


"Klinik ini menjalankan SOP seperti mana yang diarah oleh kerajaan. Saya sendiri pun baru-baru ini, ada menjalani saringan Covid-19 dan keputusannya adalah negatif. Jadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan," demikian jelas pelakon dan pengacara, Zoey Rahman selepas tindakannya menjalani proses rawatan menanam rambut itu mencetuskan banyak pertanyaan di media sosialnya sejak pagi semalam.





Rata-rata, mengaitkannya dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) yang sudah dikeluarkan. Zoey ketika dihubungi mempertahankan klinik yang melakukan rawatan itu dengan memaklumkan ia mengikut semua SOP ditetapkan.

Menurutnya lagi, dia sepatutnya menjalani rawatan itu sebelum Ramadan, namun terpaksa ditangguh kerana PKP: "Jadi, apabila PKP ditukar kepada PKPB dan dilonggarkan sedikit, saya ambil keputusan untuk teruskan rawatan ini memandangkan, proses pemulihannya juga akan mengambil masa sekitar dua minggu. Jadi, dah alang-alang ada masa terluang, saya buat. Lagi pula, prosesnya mengambil masa yang sangat panjang untuk disiapkan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Zoey berkata, dia memilih untuk menanam rambut kerana perlu menjaga penampilannya sebagai selebriti dan juga usahawan kosmetik: "Saya memang ada masalah rambut, tapi mungkin orang tak nampak sangat kerana selalunya, saya guna beberapa produk untuk pastikan ia tidak terlalu ketara. Lagi pula, dalam industri hiburan, sebagai artis yang juga usahawan kosmetik, saya sendiri perlulah menjaga penampilan diri" katanya.

Zoey menjalani rawatan itu di sebuah klinik yang terletak di Subang bermula jam 9.30 pagi tadi, sehingga sekarang dan dia sendiri tidak tahu, proses menanam rambut ini akan mengambil masa berapa lama. Pelakon itu mengalami masalah rambut nipis dan menanam sejumlah 3,000 rambut yang diambil daripada bahagian belakang kepalanya dan ditanam pada bahagian yang terjejas.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Zoey Rahman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: